Home Dunia Petani bawa traktor protes kerajaan

Petani bawa traktor protes kerajaan

Para petani membawa traktor memenuhi jalan-jalan ray kerana melancarkan protes terhadap kerajaan Belanda. foto Agensi

AMSTERDAM – Pekerja petani dan pekerja pembinaan Belanda menghalang jalan raya dengan traktor dan berkumpul di luar pejabat penyiar kebangsaan NOS – dalam protes terkini berhubung peraturan pencemaran alam sekitar.

Protes itu bermula setelah keputusan mahkamah pada bulan Mei mendapati Belanda melanggar peraturan Kesatuan Eropah (EU) mengenai pencemaran “pengaktifan semula nitrogen”, yang mencetuskan perdebatan politik tentang bagaimana untuk bertindak balas.

Ladang adalah sumber utama nitrogen yang berlebihan, bersama-sama dengan industri pembinaan dan pengangkutan dan para petani merasakan mereka tidak diberi keadilan sepenuhnya.

Konvoi traktor dan demonstrasi yang bertaburan di jalan-jalan raya mengganggu trafik di lebuh-lebuh raya utama di seluruh negara.

Mereka turut membawa sepanduk ‘tiada petani, tiada makanan’.

Puluhan traktor berkumpul di luar pejabat NOS di bandar Hilversum kerana para petani tidak berpuas hati dengan dakwaan media bahawa petani sebagai tidak berguna dan bergantung kepada subsidi.

“Kami tidak mencari lebih banyak wang atau kontrak yang lebih baik, tetapi berilah rasa hormat dan bertolak-ansur dengan peraturan,” kata jurucakap petani.

Senat Belanda meluluskan undang-undang untuk menangani masalah nitrogen termasuk merendahkan had laju kepada 100 kilometer sejam di seluruh negara mulai bulan Mac.

Protes yang sama turut berlangsung di lebuh-lebuh raya di Hague, berhampiran loji penapisan Shell di Rotterdam. – MalaysiaGazette