Home Akhbar Cina Apabila pegang tulisan Jawi, ada yang gelar saya derhaka

Apabila pegang tulisan Jawi, ada yang gelar saya derhaka

Nie Ching memberitahu gambar dirinya memegang kertas dengan tulisan Jawi telah dimanipulasi sehingga dia dilabel penderhaka.

KUALA LUMPUR – Apabila melihat orang Melayu belajar kaligrafi Cina, ramai yang memuji mereka berfikiran terbuka; tetapi apabila saya mememang kertas dengan seni khat Jawi, saya digelar penderhaka.

Demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam satu klip video yang dimuat naik laman Facebook The Rocket.

Sinchew Daily melaporkan, dalam klip ceramah itu, Nie Ching telah menunjukkan dalam skrin sekeping gambar dirinya memegang kertas dengan tulisan Jawi.

“Orang ini (Nie Ching sendiri) kini dilabelkan sebagai penderhaka kerana telah membawa tulisan Jawi ke sekolah Cina,” kata timbalan menteri itu dalam klip bahasa Cina sambil memberitahu bahawa gambar itu telah digunakan oleh MCA.

Nie Ching kemudian menunjukkan sekeping lagi gambar iaitu seorang  Melayu sedang memegang kaligrafi Cina sebelum menjelaskan bahawa dirinya sebenarnya sedang bergambar dengan lelaki itu.

“Ini gambar yang dirakamkan dalam satu majlis di kawasan Parlimen saya Kulai di mana orang seni khat dan kaligrafi Cina dijemput untuk menulis nama bukan Cina dalam bentuk kaligrafi Cina dan nama Cina dalam bentuk seni khat.

“Lelaki di sebelah saya sebenarnya ialah Ketua Amanah di Kulai. Saya tunjukkan gambar ini kerana mahu satu persoalan direnungkan bersama.

“Kalau kita berasa orang Melayu yang belajar kaligrafi adalah berfikiran terbuka, saya minta juga kita renungkan adakah tiga muka surat pengenalan kepada tulisan Jawi dalam buku teks akan mengubah sifat (kaum) yang ada,” katanya.

Nie Ching menegaskan bahawa tiga muka surat itu hanya memperkenalkan tulisan Jawi pada jata negara, mata wang dan setem.

“Pelajaran ini tidak melibatkan bahasa baharu atau menulis perkataan baharu dan ia tidak disusuli peperiksaan.

“Tidak perlu mahir membaca atau menulis Jawi untuk mengajar, mana-mana cikgu boleh lakukannya kerana ia hanya pengenalan kepada tulisan Jawi,” katanya.

Tambahnya, tulisan Jawi sebenarnya telah diperkenalkan dalam buku teks darjah lima sekolah rendah Cina seawal 2015.

“Saya tidak membantah pada 2015 dan tidak juga membantah pada  2019.

“Ini kerana saya berpendapat sedikit pengetahuan (tentang tulisan Jawi) akan membantu murid memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu.

“Ia juga seperti orang Cina memahami sedikit sebanyak askara kuno Cina. Saya justeru tidak melihat apa-apa masalah dalam soal ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mr Kandi Joe jiran kiri saya hantar anak sekolah Cina & kebanggsaan. Rustam -Anak Saya bersekolah rendah Tahfiz , Tamil & Kebangsaan. Mr David Chan Jiran hujung kiri. 2 sek Kebangsaan 1 sek Cina…. Writing is arts & skills & knowledge.

Comments are closed.