Home Nasional Lebuh raya Guthrie tawar 10 peratus diskaun Krismas

Lebuh raya Guthrie tawar 10 peratus diskaun Krismas

KUALA LUMPUR – Pengguna kenderaan kelas satu di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menikmati diskaun tol sebanyak 10% dari jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 25 Disember ini.

Prolintas berkata, pengguna-pengguna lebuh raya itu hanya perlu
membayar hanya RM1.70 untuk setiap tol plaza GCE.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) berkata, diskaun tol yang diberi untuk 24 jam ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Prolintas untuk melaksanakan tanggungjawab sosial
korporatnya.

Prolintas mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru kepada setiap rakyat Malaysia.

Pemandu juga diingatkan agar sentiasa memandu secara berhemah dan juga untuk merancang perjalanan mereka
bagi menikmati kembara yang lebih selesa. – MalaysiaGazette