PUTRAJAYA – Teresa Kok menyatakan keyakinan harga komoditi kelapa sawit akan terus menunjukkan trend peningkatan sehingga mencecah RM3,000 semetrik tan pada tahun 2020.
Menteri Industri Utama itu berkata, kenaikan sebanyak RM1,100 daripada harga sebelum ini serendah RM1,700 pada hujung tahun lalu satu trend yang baik.
Malah katanya, ia juga menunjukkan pasaran komoditi itu kini dalam kedudukan terbaik dan mampu mencapai RM3,000 semetrik tan seperti yang diharapkan semua pemain industri dan kerajaan.
“Kami harap tahun depan harga semasa minyak sawit RM2,800 ini boleh mencapai RM3,000 semetrik tan.. menjelang Krismas dan Tahun Baru Cina hujung Januari 2020, lebih banyak pengimportan minyak sawit akan berlaku.
“Ia juga diharap mampu menlonjakkan harga komodiri itu seperti yang disasarkan kita berdasarkan tren peningkatan semasa pasaran komoditi itu.
“Malah pelancaran program Biodiesel B20 pada tahun depan secara berperingkat juga diharap menggalakkan penggunaan lebih banyak minyak sawit.
“Apabila stok minyak sawit meningkat maka harga juga akan naik mendadak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Terakhir Kementerian bagi tahun 2019 hari ini.
Tambahnya, dalam perkembangan melaksanakan Biodiesel B20, kerajaan menghadapi kerumitan kerana terlebih dahulu perlu menaiktaraf kesemua depot-depot simpanan stok sedia ada di seluruh negara untuk menampung bekalan B20.
Menurutnya dua hari lepas, beliau telah mengadakan pertemuan khas dengan semua pengusaha syarikat petroleum di seluruh negara untuk membincangkan mengenai hal ini dan dijanjikan sokongan padu kepada segala usaha kerajaan untuk memartabatkan industri minyak sawit negara.
Justeru katanya, kerajayaan pelaksanaan program sawit biodiesel B20 secara berperingkat aka berjaya dan membantu kerajaan memastikan harga minyak sawit sentiasa berada pada paras tinggi.
Ditanya mengenai sasaran 100 peratus pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang gagal dicapai tahun ini, beliau mengakui sasaran itu sukar dicapai dan sekadar mensasarkan 70 peratus menjelang Februari 2020.
“Syarikat perladangan sawit yang besar sudah mencapai pensijilan itu cuma cabaran kami sekarang adalah dari pekebun kecil tetapi kini sudah ada perkembangan positif dan galakan dari pekebun kecil yang memahami keperluan MSPO dan tampil memohonnya.
“Kesemua kempen yang diadakan secara giat termasuk turun padang saya dan timbalan saya (Shamsul Iskandar Md Akin) telah berjaya menarik minat mereka memiliki Sijil MSPO yang setakat semalam (19 Disember 2019) merekodkan seluas 3.63 juta hektar atau 62.14 peratus daripada 5.85 juta hektar tanaman sawit di Malaysia mendapat pensijilan MSPO.
“Manakala kilang buah sawit sebanyak 328 buah atau 72.6 peratus kilang telah memperolehi pensijilan MSPO, maka adalah realisitik 70 peratus sasaran pensijilan MSPO menjelang Februari tahun depan diyakini boleh dicapai,” ujarnya.
Ahli Parlimen DAP Seputeh itu juga menjelaskan beliau akan mengadakan rombongan bertemu dengan Jawtaankuasa Ahli Parlimen Kesatuan Eropah yang baru dipilih dan menerangkan kejayaan negara dalam masa dua tahun ini untuk melaksanakan penanaman sawit yang mapan.
“Saya nak bentangkan dan meyakinkan mereka inisiatif kearah penanaman mampan sawit selaras dengan agenda hijau yang diharapkan Kesatuan Eropah (EU) sedang dilaksanakan.
“Saya mahu cakap kepada mereka semua pemain industri sawit Malaysia memulakan usaha menanam pokok perhutanan semula sebgaia menyumbang konservasi hutan dan habitat Orang Hutan dan hidupan liar.
“Malah mulai tahun depan RM1.00 bayaran SES untuk dana inisiatif kesedaran tumbuhan hijau akan dilaksanakan apabila RM1 untuk setiap tan metrik minyak sawit akjan digunakan untuk menanam lebih banyak pokok perhutanan semula menyumbang hidupan liar..
“Maka dengan segala inisiatif ini harap EU akan mengiktiraf MSPO dan membeli lebih banyak kelapa sawit dari kita sekaligus mengenhntikan tomahan tidak berasas terhadap minyak sawit dan meyakinkan pekaburan semula Eropah,” katanya.-MalaysiaGazette