Home Dunia Rakyat Turki sokong Ozil, berarak bantah kekejaman terhadap Ughyur

Rakyat Turki sokong Ozil, berarak bantah kekejaman terhadap Ughyur

ISTANBUL – Kenyataan pemain bola sepak Arsenal, Mesut Ozil mendapat sokongan kepada ribuan penunjuk perasaan berarak untuk komuniti Ughyur di China di sini semalam.

Ozil sebelum ini mengkritik dasar-dasar China ke atas minoriti Islam yang didakwa ditindas secara kejam.

Ozil minggu lalu memuatnaik mesej di media sosial mengangkat minoriti Ughyur sebagai “pahlawan yang melawan penindasan” dan mengkritik tindakan keras China dan kebisuan umat Islam.

Ozil mendapat sokongan daripada bekas pengurusnya, Arsene Wenger, yang mempertahankan hak pemain itu bersuara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi manusia menganggarkan antara 1 juta hingga 2 juta orang, kebanyakannya etnik Ughyur beragama Islam, ditahan di Xinjiang dalam apa yang dikatakan Beijing kempen anti-pengganas.

China berulang kali menafikan sebarang penganiayaan terhadap orang Ughyur dan kementerian luar negerinya berkata Ozil sudah terpedaya dengan “berita palsu”.- MalaysiaGazette