KUALA LUMPUR – Penyampai radio Issey Fazlisham sah bergelar suami kepada Noor Aimi Mohamed Jamil hari ini.
Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan di Calamaya Garden Kota Bharu.
Pada majlis yang diraikan lebih 500 terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan rakan selebriti itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin senaskah al-Quran dan sebentuk cincin.
Issey berharap agar perkahwinan keduanya ini akan berkekalan, dalam masa yang sama beliau berusaha menjadi suami yang baik.
““Alhamdulillah saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan akan berusaha menjadi suami yang baik,” katanya.
Sebelum ini, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 namun bercerai pada 21 Ogos 2016.-MalaysiaGazette