KUALA LUMPUR – Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dinasihat agar tidak meneruskan hasrat untuk mengadakan persidangan pertubuhan Cina yang dijadual berjadual 28 Disember ini.
Langkah itu adalah bagi mengelak berlakunya kontroversi tulisan Jawi yang dikhuatiri boleh menghangatkan suhu politik dan kaum di negara ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi.
“Perlu diingat bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada khazanah budaya bangsa dan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu sekolah vernakular.
Pertubuhan berkenaan bagaimanapun dilaporkan mengalakkan supaya pengenalan tulisan Jawi dijalankan dalam bentuk aktiviti kokurikulum.
Anwar berkata, Bahasa Melayu dan kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam bahasa Arabyang diubah suai kepada tulisan Jawi.
Ujarnya, ikhtiar tersebut perlu dilihat sebagai antara lamngkah menyemarakkan kesedaran lintas dan budaya.
“Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dab budaya. Kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya. Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran.
“Maka sekali lagi saya menggesa rakan-rakan khususnya Dong Zong dan pertubuhan Melayu lainnya agar tidak meneruskan dengan sidang anti atau pro-Jawi,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Banyak betul kongres anti jawi dengan justifikasi yang tak masuk akal termasuk lah penyibuk Siti Kasim yang berkata2 tanpa Ada isi langsung.
Kongres anti jawi sengaja cari pasal dan melanggar kuasa Kementerian Pelajaran Sebagai pusat Polis pembelajaran negara.
Bagus tutup saja sekolah Tamil dan Cina, terus kan sekolah jenis kebangsaan sahaja.
Kurang ajar betul mereka2 ini. Kata semua mesti ikut Perlembagaan Negara, jadi sekolah venakular tiada dalam Perlembagaan Negara.