TOKYO – Harga minyak mentah stabil dalam dagangan hari ini selepas mencatatkan keuntungan tiga bulan selepas optimis China dan Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri untuk menandatangani perjanjian perdagangan untuk mengakhiri perang tarif.
Sebelum ini, Presiden Donald Trump berkata, perjanjian akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Minyak mentah Brent susut AS$0.04 setong pada 0100 GMT kepada AS$66.10 setong manakala West Texas Intermediate jatuh AS$0.04 kepada AS$60.40 setong.
Washington bersetuju untuk mengurangkan tarif sebagai balasan persetujuan China untuk meningkatkan import produk-produk pertanian Amerika Syarikat.
Perjanjian antara kedua-dua negara dijangka ditandatangani pada bulan Januari. – MalaysiaGazette