KUALA LUMPUR – Tun Haniff Omar mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Tommy Thomas sama ada Peguam Negara itu berani bertindak ke atas bekas anggota Parti Komunis Malaysa (PKM) sekiranya terbukti mereka telah melanggar undang-undang negara.
Bekas Ketua Polis Negara itu berkata, ketika darurat Cawangan Khas (SB) mendapat surat dari salah seornag pemimpin kanan PKM, Rashid Maidin yang mahu menjalin perdamaian dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Okay lah, orang nak menyerah maka saya tak menolak, Chin Peng mahu nak berunding dengan Tun M (Tun Dr. Mahathir Mohamad), namun saya tidak benarkan kerana menganggap dia tak layak berunding dengan saya.
“Sebagaimana diterangkan tadi, yang (bekas anggota komunis lebih 300 orang balik ke sini, ada syaratnya. Dia mesti patuh pada perlembagaan dan undang-undang negeri ini sebelum saya minta mereka bersumpah
“Maka kerajaan mesti pegang pada syarat ini. Kalau mereka langgar undang-undang, pegawai PDRM mesti ambil tindakan. Tapi soalannya adakah mereka akan didakwa kerana pendakwaan dalam tangan Peguam Negara yang mana ‘kawan baik’ Chin Peng,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Perhimpunan Pejuang Negara Menentang Ideologi Komunisme dihadapan 3,000 pesara polis di Padang Merbok hari ini.
Tommy difahamkan pernah menjadi peguambela kepada bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng.
Haniff berkata, semua pihak termasuk rakyat perlu mengalih perhatian kepada Peguam Negara dalam soal tindakan yang bakal menyusul ke atas bekas anggota PKM yang sedang disiasat dalam penganjuran meraikan Perjanjian Damai Hatyai ke-30 yang diadalan di Sepang dan Kajang pada 29 November dan 1 Disember lalu.
Penganjuran majlis tersebut mencetuskan kemarahan rakyat termasuk ahli keluarga mangsa kekejaman komunis selain tindakan pihak tertentu membawa masuk abu Chin Peng pada September lalu.
“Jadi sekarang, kita mesti pandang kepada AG (Tommy Thomas). Kita mesti pandang pada dia. ‘Shine the light to him (Beri perhatian kepada Tommy). Di mana dia? ha itulah,” katanya. -MalaysiaGazette
Iya teruskan bersuara Tun Haniff, terima kasih kerana sudah pun berani bersuara bagi pihak rakyat peasants dan polis.