Home Utama ADUN DAP hanya geleng kepala bila sebut nama Xavier Jayakumar

ADUN DAP hanya geleng kepala bila sebut nama Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Sungguh ironi apabila terdapat segelintir pemimpin DAP cuba menuding jari kepada MIC berhubung isu arahan pembersihan dan perobohan kebun di Kuala Terla, Cameron Highlands semalam.

Bagaimanapun pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata dari DAP, Chiong Yoke Kong pula mendedahkan secara terbuka bagaimana pimpinan dari partinya serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak membantu dalam isu tersebut.

Terang-terangan dalam sebuah video yang telah dihantar oleh Exco Pemuda MIC Kebangsaan, Arvind Krishnan kepada MalaysiaGazette mendapati Yoke Kong seolah-olah tertekan dengan apa terjadi kepada 60 pekebun kecil itu.

Kata Yoke Kong, beliau telah banyak kali meminta bantuan dan menceritakan isu sebenar menimpa pekebun-pekebun kecil ini yang bakal berdepan dengan pengusiran kerana meneroka tanah secara haram.

Malah kata Yoke Kong, beliau turut memberi tekanan kepada enam  Menteri DAP namun hanya menemui jalan buntu.

Apa yang lebih memeranjatkan dalam pengakuan Yoke Kong kepada Arvinda yang dirakam Pemuda MIC dalam video itu ialah bagaimana ADUN tersebut meluahkan rasa kecewa dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber, Xavier Jayakumar.

Arvind Krishnan

Arvind: Saya rasa kamu juga (PH) perlu memberi tekananan agar perkara ini dapat di selesaikan YB.

Yoke Kong: Pihak saya? Saya sendiri telah memberi tekanan tentang isu ini kepada enam Menteri DAP saya.

Arvind: Apa kata Xavier pula?

Yoke Kong hanya menarik nafas panjang sambil menggeleng kepala apabila menyebut nama Xavier yang juga sepatutnya tampil membantu bukan kerana beliau telah diberikan tanggungjawab dalam isu-isu berkaitan tanah, sebaliknya dikaitkan dengan masyarakat India.

Yoke Kong: Yang ini (Xavier), entahlah. Sambil geleng kepala lagi. Saya tidak tahu tetapi Xavier ini…

Arvind: Saya tahu, dari cara anda geleng kepala saya sendiri sudah dapat agak tentang Xavier.

Yoke Kong: Entahlah, mungkin kerana saya adalah parti yang berlainan. Mungkinlah.

Arvind: Kelakar kamu. Kamu tahu kamu semua adalah di bawah satu kerajaan bukan?

Yoke Kong: Tidak tidak, kamu kena faham. Kadang kala, kamu kena ‘ngam chanel’ juga. (Sambil geleng kepala lagi).

Sebenarnya jika mahu Xavier boleh bercakap dengan Menteri Besar.

Arvind yang kemudian bercakap dengan MalaysiaGazette juga mendedahkan Yoke Kong kelihatan begitu tertekan serta banyak yang beliau tidak tahu.

“ADUN ini juga sampai lambat ke tempat kejadian, selepas polis menahan sekumpulan pekebun bersama dua pemimpin MIC. Saya yang terpaksa bawa beliau berjumpa dengan Ketua Polis.

“Kasihan juga saya tengok ADUN DAP ini. Seperti tidak tahu apa-apa atau bagaimana untuk bertindak menyelamatkan pekebun atau selesaikan isu tersebut. Beliau juga tidak datang ke balai polis untuk lihat apa yang berlaku.

“Nampak gayanya, DAP memang tidak tahu sangat untuk selesaikan isu ini,” ujarnya.

MIC mahu 60 pekebun Kuala Terla Cameron Highlands diberi gantian tanah

Video itu yang kini viral dirakam kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam selepas berlaku sedikit kekecohan ketika operasi pengosongan serta pembersihan tanah di Kuala Terla.

Insiden ini juga menyebabkan rata-rata pemimpin MIC terutamanya di Pahang kecewa sehingga kesemua mereka meletak jawatan termasuk pegawai khas Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Arumugam AV Pillai serta 11 Ahli Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri.

Tindakan ini diambil kerana mereka kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak mempedulikan nasib 60 pekebun kecil dalam kalangan masyarakat India di Cameron Highlands. – MalaysiaGazette

Pegawai Khas MB Pahang, 11 kaunselor PBT letak jawatan serta merta

Walaupun kawasan tadahan, Pahang perlu berunding – Fuziah

Penguatkuasaan peneroka tanah haram C. Highlands ikut undang-undang