Home Politik Sudah pergi pejabat, tapi YB selalu tidak ada, adu wanita kepada Budiman

Sudah pergi pejabat, tapi YB selalu tidak ada, adu wanita kepada Budiman

KUALA LUMPUR – Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat yang mahu mendapatkan bantuan.

Dulu, kata Datuk Seri Najib Razak ramai yang datang ke pejabat BN atau pejabat kerajaan minta bantuan.

“Sehingga ke hari ini juga.

“Kita bantu. Kita selalu cari jalan untuk jaga kebajikan rakyat,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas mesej daripada seorang wanita yang dikongsi oleh bekas Ali Parlimen Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Wanita berkenaan menghantar mesej melalui Whatsapp memohon bantuan Budiman kerana keadaan hidupnya semakin mendesak sekarang.

Berdasarkan perkongsian mesej itu, wanita berkenaan memaklumkan suaminya sudah kehilangan pekerjaan.

Disebabkan itu, keadaan keluarga itu semakin sukar, ditambah pula bantuan persekolahan sudah tiada.

Wanita itu memaklumkan kepada Budiman dia sudah cuba pergi ke pejabat wakil rakyat tetapi ‘Yang Berhormat’ selalu tiada.

Lantaran itu, wanita tersebut terpaksa mencari Budiman.

Budiman melalui Facebooknya berkata, beliau meminta maaf.

“2020 semakin suram”, katanya. – MalaysiaGazette