Home Ekonomi Bekalan bawang merah susut, harga melonjak

Bekalan bawang merah susut, harga melonjak

Pengeluaran bawang India semakin merosot. foto Agensi

NEW DELHI – Harga bawang merah melonjak di seluruh negara dan turut memberi kesan kepada daerah-daerah utama yang lain.

Harga runcit bahan mentah itu kini antara Rs130 dan Rs140 (AS$1.80 – AS$1.90) sekilogram tetapi kadar borong adalah pelbagai bagi setiap jenis.

Bawang merah yang import dari Turki dan Afghanistan dijual pada harga Rs40 hingga Rs60 (AS$0.56 hingga AS$0.80 sekilogram.

Tetapi harga bawang merah dari Nasik dijual pada harga Rs95 (AS$1.33) sekilogram.

Haji Yameen, seorang pemborong di Okhla Mandi berkata, “Kekurangan bekalan bawang telah mengakibatkan kenaikan harga yang tidak seimbang. Keadaan serupa mungkin berlangsung selama 15 hingga 20 hari bergantung kepada pelbagai jenis dan tempat import”.

Walau bagaimanapun, bawang India paling mahal di sini,” tambahnya.

Tetapi, di pasaran borong, harga bawang telah merosot selepas peningkatan dalam pengeluaran kedua – domestik dan luar negara terutama dari Turki, Mesir dan Afghanistan.

Bawang merah yang diimport dari Afghanistan berharga Rs 50 (AS$0.70) bagi setiap kilogram manakala yang diimport dari Turki dan Mesir menelan kos Rs40 (AS$0.56) setiap kilogram.

Pemborong di Azadpur Mandi berpendapat jika bawang tidak diimport dari negara lain, harga bawang merah boleh naik hingga Rs 200 (AS$2.80) sekilogram.

“Terdapat kekurangan bawang yang dihasilkan di negeri-negeri seperti Rajasthan dan Maharashtra, tetapi harga yang lebih baik pada minggu ini kerana harga turun sebanyak Rs 5 (AS$0.07) hingga Rs10 (AS$0.14) sekilogram.

“Ini disebabkan oleh bawang import, ia rasanya tidak sesedap bawang India, “kata Rajendra Sharma, Presiden Persatuan Pedagang Bawang. – MalaysiaGazette