Home Seni Hidup SDCF keluarkan pad haba untuk rawatan fisiologi

SDCF keluarkan pad haba untuk rawatan fisiologi

Pad haba keluaran SDCF.

KUALA LUMPUR SDCF Global Resource (SDCF) memasarkan pad haba guna semula untuk memenuhi keperluan semua golongan termasuk para atlet.

Pad haba guna semula ini turut dibekalkan untuk kegunaan hospital-hospital bagi tujuan rawatan fisiologi.

Pengasas SDCF Lau Ming Thung berkata, terapi haba secara amnya banyak digunakan untuk merawat kesakitan keradangan badan, termasuk kekejangan, kekakuan, dan kesakitan otot.

“Penggunaan haba di dalam rawatan membolehkan saluran darah berkembang dan otot menjadi longgar dan memberi kelegaan terutamanya di bahagian yang sakit, sekali gus memberi keselesaan dan kelegaan serta memulihkan aliran darah dan meningkatkan keanjalan otot tisu,” katanya.

Beliau menambah, para atlet menggunakan terapi haba ini untuk merawat kecederaan sukan, melegakan kesakitan dan mempercepatkan pemulihan.

Manakala bagi warga emas pula ia digunakan bagi melegakan kesakitan sakit sendi dan meningkatkan sistem peredaran darah.

Bagi golongan wanita pula, terapi haba boleh digunakan bagi mengurangkan rasa kembung serta melegakan ketidakselesaan semasa kesakitan haid.

Pad haba guna semula ini direka untuk siap digunakan segera di dalam bentuk cecair.

Dengan memicit gegelung aluminium yang terdapat di dalam pek tersebut, ia akan menjadikan pad haba secara pantas mengeluarkan cecair untuk mengeluarkan suhu terkawal sehingga 56 darjah celsius yang mana ia adalah suhu ideal bagi tujuan rawatan haba.

Jika ia dibiarkan di dalam peringkat cecair, ia juga boleh berfungsi sebagai pek rawatan sejuk selepas disimpan di dalam peti sejuk.

Selepas haba itu hilang, pad rawatan guna semula itu akan menjadi kepingan garam padu yang boleh dipanaskan semula untuk menjadi cecair apabila ia direndam di dalam air mendidih untuk tempoh lima hingga 15 minit.

Oleh kerana tiada bateri dan kord elektrik yang terkandung di dalam pad rawatan tersebut, ia adalah produk yang dijamin tahan lama kegunaannya.

Ming Thung berkata, pad rawatan haba yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah yang terbaik di pasaran ketika ini untuk haba segera, boleh diguna semula dan mudah alih.

“Pasaran pad haba di Asia dijangka menyaksikan pertumbuhan besar berikutan peluang yang banyak di dalam sektor kesihatan dan teknologi maju, lebih-lebih lagi, orang Asia sudah terbiasa menggunakan pad haba ini  – boleh memacu pertumbuhan untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

SDCF Global Resources telah berkecimpung di dalam pad haba dan bahan berkaitan termal sejak lima tahun lalu dengan menggunakan bahan terkini dan teknologi pemprosesan yang menawarkan pad haba berprestasi tinggi.

SDCF menyaksikan pertumbuhan dinamik di dalam jualan produk pek haba guna semula yang mampu dimiliki serta selamat digunakan tanpa sebarang kesan sampingan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi [email protected] – MalaysiaGazette