
LONDON – Harga minyak melonjak melepasi AS$67 setong, harga tertinggi dalam tempoh tiga bulan hari ini dipacu oleh inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Selain itu, pasaran berharap pertikaian perdagangan antara China-Amerika Syarikat akan berakhir.
Institut Petroleum AS berkata, harga minyak negara itu susut 7.9 juta tong minggu lalu, melebihi unjuran penganalisis.
Minyak mentah Brent mencecah AS$67.50 setong, tertinggi sejak 17 September lalu dan setakat 0955 GMT naik sebanyak AS$0.22 kepada AS$67.42.
West Texas Intermediate pula menokok AS$0.20 kepada ASS$61.31. – MalaysiaGazette