KUALA LUMPUR – Ernie Zakri tampil dengan single terbaharunya berjudul Gundah.
Istimewanya lagu terbaharunya itu adalah tentang kisah arwah datuk, Mohamed dan neneknya, Rokayah yang disifatkannya sebagai cinta sejati.
“Single ini mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai
“Selepas setahun pemergian nenek, datuk pula meninggal dunia dan bait-bait lirik lagu ini cukup menyentuh hati saya,” kata Ernie.
Lagu Gundah yang diedarkan Rocketfuel Network kini boleh dimuat turun menerusi semua aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, Joox, Apple Music dan iTunes.
Sebelum ini lagu Ernie bertajuk Ku Bersuara berjaya menduduki tangga teratas carta iTunes Malaysia. – MalaysiaGazette