Home Pendapat Siapa di sebalik Dong Jiao Zong?

Siapa di sebalik Dong Jiao Zong?

Luttfi Khalid,

Oleh Luttfi Khalid, Aktivis Peguam ISMA

PADA 7 Jun 2017, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon menulis di dalam Facebooknya berkenaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Tidak ada apa-apa yang menarik tentang isi kandungan status tersebut hinggalah terjemahan bahasa Inggerisnya dimuat naik. Saya tidak pasti siapakah yang telah merujukkan saya kepada terjemahan tersebut.

Setelah membacanya, saya dapati bahawa rumusan dan telahan saya terhadap kaitan antara parti-parti politik Cina (DAP, MCA dan Gerakan) dengan Dong Zong serta kelompok ahli-ahli korporat, taikun-taikun bisnes dan pemuka-pemuka kaum Cina di negara ini tidak jauh tersasar.

Persepsi dan pandangan umum terhadap isu ini ialah DAP lah yang menjadi ‘kepala’ untuk perjuangkan kepentingan-kepentingan kaum Cina di negara ini. Bagaimanapun, rencana/status yang ditulis oleh mantan pimpinan Gerakan Pulau Pinang ini menceritakan sebaliknya.

Tan Sri Koh Tsu Koon antara lain menulis:

“In early 1981, Dr Mahathir took over the helm as the fourth Prime Minister (PM), with Musa Hitam as his Deputy. The ‘2M’ Government with the slogan, ‘Clean, Efficient and Trustworthy,’ gave a new sense of hope to many.

“Meanwhile, the leadership of the Chinese Education Movement, Dong Jiao Zong (DJZ), propagated the concept of the “Three In One” combination, meaning that the ruling coalition, the opposition and the civil society (such as DJZ and other NGOs) should perform their respective positive and constructive roles and even work together on certain common and important issues.

“However, the DJZ leadership, after having taken into consideration the context of a strong Barisan Nasional (BN) expected to rule for a long time, felt that, at that juncture, consultation would be more effective in bringing about change in policy and practices, rather than through only confrontation. Hence, they decided to adopt a new strategy of “Reform From Within.” It entailed sending some Chinese education leaders to join and to be fielded as candidates of a BN component party, to work within the government, rather than continuing to oppose from outside. Based on the “Three In One” principle, this new strategy did not at all negate the role of the opposition.

“Instead of accepting the DJZ’s decision in the context of the “Three In One” ideal, DAP’s Lim Kit Siang was very enraged. He immediately lambasted the DJZ leaders for working with UMNO and the BN coalition led by Dr Mahathir who had been attacked by DAP as an “ultra” Malay extremist since the late 60s.”

Terjemahan bebas:

Di awal tahun 1981, Dr Mahathir mengambilalih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Keempat (PM4) dan melantik Musa Hitam sebagai Timbalannya. Kerajaan ‘2M’ yang membawa slogan, “Bersih, Cekap dan Amanah” telah memberikan satu harapan baru kepada ramai orang.

Sementara itu, kepimpinan Gerakan Pendidikan Cina, Dong Jiao Zong (DJZ) telah menyebarluaskan konsep gabungan ‘Tiga Dalam Satu’, yang membawa maksud pihak kerajaan (BN), pihak pembangkang dan gerakan sivil (seperti DJZ dan lain-lain NGO) harus memainkan peranan mereka secara positif dan konstruktif dan malah saling berkerjasama pada isu-isu kebersamaan dan yang penting.

Bagaimanapun, kepimpinan DJZ, setelah mengambilkira konteks Barisan Nasional (BN) yang kuat itu dijangka dapat memerintah untuk satu tempoh yang lama, merasakan bahawa, pada ketika itu, rundingan adalah lebih berkesan ke arah membawa perubahan di dalam polisi-polisi dan amalan-amalan, daripada hanya menuntut melalui konfrontasi.

Justeru itu, mereka memutuskan untuk menggunapakai strategi baru iaitu ‘Reform From Within’ (Merubah Dari Dalam). Ini membawa maksud menghantar beberapa pemimpin pendidikan Cina untuk menjadi ahli dan dipilih sebagai calon-calon bagi satu parti komponen BN, untuk bekerja dari dalam kerajaan, daripada berterusan membangkang dari luar. Berdasarkan prinsip ‘Tiga Dalam Satu’ ini, strategi baru ini bagaimanapun tidak menafikan sama sekali peranan sebagai pembangkang.

Daripada menerima keputusan DJZ dalam konteks ideal “Tiga Dalam Satu”. Lim Kit Siang dari DAP menjadi sangat marah. Dia segera mengecam kepimpinan DJZ kerana berkerjasama dengan UMNO dan gabungan BN yang dipimpin oleh Dr Mahathir yang telah diserang oleh DAP sebagai ekstrimis Melayu ‘ultra’ sejak akhir tahun 60an.”

Tamat terjemahan.

Baik, apa yang kita dapat faham daripada petikan di atas?

Pertama: Konsep gabungan ‘Tiga Dalam Satu’ lahir daripada Dong Zong sebagai formula gerakerja yang disepakati oleh parti-parti politik Cina DAP, MCA dan Gerakan (sebagai komponen BN dan juga pihak pembangkang) dan juga gerakan-gerakan sivil (Dong Zong dan lain-lain).

Semuanya bergerak dan berfungsi untuk menjaga, memelihara, memperjuangkan dan mempertahankan (termasuk mendesak dan menuntut) agar kepentingan-kepentingan Cina dapat terjamin dan tidak diganggu gugat.

Anda akan dapati bahawa kesemua parti politik Cina (DAP, MCA dan Gerakan) tidak akan bercakaran atau berbalah sesama sendiri dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama masyarakat Cina. Yang mungkin wujud adalah sedikit perbezaan dalam sekeras mana atau selantang mana kepentingan-kepentingan mereka diperjuangkan.

MCA dan Gerakan akan ‘menekan’ dan ‘menuntut’ secara diplomasi di dalam konteks sebagai komponen BN manakala DAP akan ‘mendesak’ secara lantang di luar Barisan nasional (BN) sebagai pembangkang.

Nota: Sekarang oleh kerana DAP sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), maka misi dan tugas itu menjadi semakin mudah apabila pemimpin-pemimpin DAP menguasai pelbagai portfolio penting (Pendidikan, Kewangan dan seumpamanya).

Isu yang sangat menyerlah ialah kepentingan sekolah-sekolah vernakular, yang bukan setakat mendapat dana dari kerajaan melalui pembentangan Belanjawan Negara, malah tetap dipertahankan ‘identiti’ dan kewujudannya dari dicabar oleh mana-mana pihak.

Kedua: Mitos bahawa DAP adalah pencatur kepentingan Cina di Malaysia tidak tepat. Yang lebih menonjol ialah Dong Zong sebagai payung kepada semua kepentingan Cina. DAP hanya menjadi medium yang munasabah untuk menjuarai kepentingan-kepentingan Cina (dan kini diikuti rapat oleh MCA melalui wakil-wakil mereka di Parlimen).

Ketiga: Mitos selanjutnya bahawa MCA adalah sebuah parti politik yang lemah dan mudah dikawal atau ‘dibereskan’ oleh UMNO juga jatuh berkecai. ‘kelemah-lembutan’ MCA hanyalah satu strategi yang telah disepakati bersama melalui formula ‘Reform From Within’ (Merubah Dari Dalam) ini.

Peranan MCA dari dalam sebagai komponen BN tidak kurang penting berbanding DAP yang menjadi pembangkang yang lantang ketika BN memerintah.

Demikian juga peranan yang dimainkan oleh Gerakan. Ia tetap mewakili kepentingan kaum Cina dan peranan besar ini ditonjolkan ketika mana parti Gerakan ini menguasai negeri Pulau Pinang satu masa dahulu.

Hatta, dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai juga menyaksikan calon Gerakan masih diterima oleh masyarakat Cina dengan jumlah undi 1000 lebih.

Keempat: Apabila dikatakan bahawa Dong Zong yang mencaturkan tokoh mana yang perlu bertanding atas platform parti mana di dalam mana-mana pilihanraya, adakah ini bermakna Dong Zong satu-satunya entiti yang berperanan besar dalam konteks kepentingan Cina di Malaysia?

Saya mengusulkan bahawa terdapat satu lagi elemen besar yang sangat berkait rapat dengan kepentingan Cina, iaitu kumpulan para usahawan, tokoh-tokoh korporat, taikun-taikun bisnes dan jaringan-jaringan dalam ekosistem perniagaan Cina yang bertebaran di seluruh negara.

Hakikat di atas tidak disentuh langsung oleh Tan Sri Koh Tsu Koon.

Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai sekolah-sekolah vernakular, isu-isu pendidikan, budaya, bahasa, adat resam dan kepentingan-kepentingan ekonomi orang-orang Cina akan tempang dan cacat, sekiranya mengabaikan keempat-empat komponen di atas – parti-parti politik, dunia korporat, institusi pendidikan dan juga gerakan-gerakan sivil mereka.

Prinsip ‘Tiga Dalam Satu’ sudah menjadi ‘Semua Dalam Satu’ sekarang.

Dalam konteks ini, saya mempunyai keyakinan bahawa tidak ada satu parti politik pun akan berani menyentuh, apatah lagi menjatuhkan atau menguburkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular Cina, sekiranya mereka berkuasa.

UMNO yang pernah menerajui BN tidak berani meng”haram”kan sekolah-sekolah vernakular. PAS sendiri tidak akan ada pilihan lain melainkan terpaksa akur, menerima dan mungkin juga akan mempertahankan kewujudan institusi-institusi seperti ini, sekiranya ia ditakdirkan berkuasa satu hari nanti.

Apakah terdapat satu “aura” kekebalan yang meliputi kepentingan-kepentingan kaum Cina yang bersemayam di atas ribaan keempat-empat elemen tadi?

Jawapannya ialah tidak.

Dong Zong sendiri adalah bagaikan satu spesis parasit yang pragmatik dalam memperjuangkan agenda rasis dan melampaunya. Ia hanya ‘menumpang’ kekuatan BN kerana agendanya lebih mudah dicapai secara diplomasi berbanding ‘kekerasan’ yang dimanifestasikan oleh kelantangan pihak pembangkang (yakni DAP).

Keempat-empat elemen pemegang pertaruhan ini boleh dominan dalam keadaan umat Islam dan bangsa Melayu saling bercakaran, berbalah dan berkhianat sesama sendiri.

Selagi mana umat dan bangsa ini kekal di dalam keadaan sentiasa berkonflik dan tidak menyarungkan kembali pedang-pedang perseteruan mereka, selama itulah peluang yang amat luas terbuka bagi mengaut sebanyak-banyak kepentingan dan manfaat bagi kaum Cina, dalam segala macam bidang dan dalam kapasiti apa sekalipun.

Kalau dahulunya mereka menguasai bidang ekonomi, sekarang mereka sudah menjejak kaki ke puncak-puncak kuasa politik.

Umat dan bangsa masih lagi leka, lalai dan tidak sedar langsung bahawa saki baki warisan dan kedaulatan mereka sedang ditarik perlahan-lahan dari bawah telapak kaki mereka.

Hanya apabila umat dan bangsa kembali sedar dan berpegang kembali kepada prinsip-prinsip dan tunjang-tunjang kekuatan Islam, tidak berkompromi dalam urusan-urusan melibatkan kepentingan Islam dan umatnya, tidak memilih ataupun melantik pemimpin yang berkhianat, tidak bergantung kepada pihak bukan-Islam sebagai wakil mereka dan enggan membiarkan masa depan ditentukan oleh pihak lain… maka pada waktu itulah dominasi puak kuffar akan berakhir.

Kekuatan dan dominasi yang kita lihat pada keempat-empat elemen yang rasis, cauvinis dan melampau di atas hanyalah kerana kita membiarkan diri kita berada dalam kedudukan yang lemah, tunduk, diperhambakan dan dibelenggu dengan segala ciri kelemahan dan kehinaan yang dikenali manusia.

Mereka kelihatan kuat dan perkasa bukan kerana diri mereka sendiri akan tetapi berpunca dari diri kita sendiri.

Jaminan kekuatan, kemuliaan, keperkasaan, kedaulatan dan ketinggian tidak ditawarkan oleh Allah kepada kaum yang enggan berjihad, malas untuk mengislah diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah dan tokoh kepimpinan alam. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betul..bangkit lh wahai bngsa ku, menjadi peneraju segenap bidang..kuasa segala kuasa..jgn biar pendatang kuasai kita, pjak2 kita..ingat kita adalh tuannya, bkn dia tuannya…jgn biarkn bngsa2 yg tak pnah nak bterima ksih ini pjak kpla kita..ingat tu…kita mjadi tuan nya..

  2. patut lah djz tunjuk keras kepala rupanya. mereka ada perancangan teliti. patut lah mca dihalau oleh umno macam anjing pun tetap juga bersama umno. rupanya ada perancangan tiga serangkai. adakah melayu masih lagi dunggu dan ghalib dengan kemewahan dan kuasa. sedangkan segala kesenangan itu disuap oleh cina. sedar lah wahai melayu. tiga serangkai perancangan cina akan jadikan melayu tergadai segalanya. satuhari nanti bahasa kebangsaan kita bukan lagi melayu. kalau tidak mandarin pun boleh jadi inggeris macam singapura

Comments are closed.