Home Nasional Takut Islamisasi punca penolakan tulisan Jawi – Dong Zong

Takut Islamisasi punca penolakan tulisan Jawi – Dong Zong

Wakil Dong Zong, Ng Chai Heng bercakap pada Forum Jawi : Saling Memahami anjuran Gabungan Bertindak Malaysia @ KLSCAH di KL and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Masyarakat umum khususnya kaum Cina di negara ini dilihat menolak pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah disebabkan ‘fear factor’ .

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ng Chai Heng berkata, ada kalangan ibu bapa memberitahu mereka bimbang pembelajaran Jawi akan membawa pengaruh Islamisasi kepada anak-anak mereka.

“Isu penolakan tulisan Jawi adalah fear factor (faktor takut). KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) kata masalah akan diselesaikan.

“Kita (Dong Zong) rasa kekok sikit. Dong Zong kata tidak ada masalah. Kita sudah terima pelaksanaan sedia ada dan pelaksanaan Jawi, bukan pelaksanaan seni khat seperti seni tulisan kaligrafi Cina dan Tamil,” katanya selepas menjadi ahli panel dalam Forum Jawi: Saling Memahami, hari ini.

Forum adalah anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Hadir sama Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Habibah Abdul Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, wakil Tamil Foundation, K Arumugam dan Naib Presiden Ikram, Prof Badlishah Sham.

Chai Heng berkata, Dong Zong tidak menolak pelaksanaan pembelajaran Jawi di SJKC dan SJKT kerana ia ternyata bagus kerana ia berkisar kepada kepelbagaian kaum.

“Sejarah kita sebut dengan jelas bahawa Jawi adalah sejarah Islam. Ia tanggungjawab kita untuk jelaskan kepada mereka.

“Saya belajar jawi. Saya tidak boleh ingat lagi. Saya boleh tulis ayat dengan jawi. Tapi isu ini telah dibangkitkan dengan besar. Malangnya parti yang berkuasa tidak selesai awal,” katanya lagi.

Wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Faisal Aziz bercakap pada Forum Jawi : Saling Memahami anjuran Gabungan Bertindak Malaysia @ KLSCAH di KL and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 DISEMBER 2019

Dalam pada itu, Muhammad Faisal yang mewakili ABIM berkata, masyarakat tidak seharusnya gentar dengan pelaksanaan tulisan jawi di sekolah-sekolah vernakular.

Jelasnya, perasan itu tidak seharusnya timbul kerana tulisan Jawi harus dilihat sebagai warisan penulisan negara.

“Kebimbangan dan fobia keatas Jawi tidak seharusnya berlaku. Kita kena hargai warisan tulisan Jawi itu.

“Mungkin ibu bapa bimbang akan maruah anak-anak akan tercemar (dengan pembelajaran Jawi),” katanya.

Forum Jawi: Saling Memahami diadakan dua hari sebelum penganjuran Kongres Jawi oleh Dong Zong pada Sabtu ini.

Dong Zong sebelum ini menggesa pertubuhan Cina lain mendaftar untuk menghadiri kongres dijadual berlangsung Sabtu ini bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular kerana didakwa bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP). -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mmg celaka lh ko ni..ingat ngra mak bapak ko ke..yg nk larang undang2 ni..harap babi ngo ni di haram kn n sekolh sjk di hapus kn di mlysia ni..ini lh klu bg muka nk pijak kepala pula..syaitan btul lh…

Comments are closed.