KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, maklumat tentang elaun parking berjumlah RM5,700 untuk menteri yang tular di media sosial adalah tidak betul.
Katanya, sepanjang pengetahuannya tidak ada elaun seumpama itu dan beliau sendiri tidak pernah menerima kemudahan sedemikian.
Sebelum itu di laman Twitter seorang netizen membuat ciapan:
Seorang lagi netizen bertanya: “YB boleh bagi simple explanation kenapa perlunya elaun parking sebanyak RM5700 sebulan? Dah lama perkara ni menjadi pertanyaan tp tak pernah ada sesiapa beri penerangan.”
Menteri Luar itu membalas: “Sepanjang pengetahuan saya, saya tak ada elaun parking”.
Beliau juga berkata, maklumat yang tular itu tidak betul.
Sejak kelmarin tular infografik mengenai gaji serta elaun yang diterima menteri. – MalaysiaGazette
Klu dah bagi derma dan sumbangan pun boleh dituntut…dimanakah keikhlasannya? Sepatutnya gunakanlah elaun keraian atau duit poket sendiri utk derma dan sumbangan. Bkn byk manapun..sekadar rm100 atau rm50 jer. X jejas mana eh. Klu byk, ianya melibatkan peruntukan pulak. Alahai menteri ku. Elaun penjawat awm yg dah bergaji kecil spt elaun kritikal nk dipotong pulak. Knp x potong elaun MP dan menteri?