Home Nasional Susur keluar ke Jalan Tun Razak Selatan ditutup malam ini

Susur keluar ke Jalan Tun Razak Selatan ditutup malam ini

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (Akleh) akan melaksanakan penutupan di susur keluar ke Jalan Tun Razak Selatan (JTR 2) pada malam ini, 27 Disember 2019 bermula jam 9.30 malam sehingga jam 6 pagi esok.

Penutupan susur keluar tersebut adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan mencantas pokok.

Sebagai laluan alternatif, pengguna boleh terus keluar ke Jalan Sultan Ismail dan masuk ke Jalan Ampang sebelum ke Jalan Tun Razak.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan susur keluar Jalan Tun Razak Utara dan membuat pusingan-U di Bulatan Pahang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Prolintas, Rostam Shahrif Tami, kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan ini untuk memastikan tahap keselamatan pengguna Akleh sentiasa terjaga. – MalaysiaGazette