Home Nasional Tuduh PH kerajaan komunis: Lagi laporan polis terhadap Ustaz Ahmad Sharkawi

Tuduh PH kerajaan komunis: Lagi laporan polis terhadap Ustaz Ahmad Sharkawi

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ihsan Prihatin Kuala Lumpur (PRIHATIN), Datuk Mohd Noor Ali Akbar bersama Pengerusi Gerakan Martabat Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria (kiri)laporan polis terhadap Ustaz Sharkawi yang dakwa Malaysia kerajaan komunis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Martabat Pejuang Negara hari ini bertindak membuat satu laporan polis terhadap satu kenyataan yang dibuat Ustaz Ahmad Sharkawi Ishak yang menuduh kerajaan PH adalah sebuah kerajaan komunis.

Menurut pengerusi gerakan tersebut, Majer Razali Zakaria, kenyataan Ahmad Sharkawi merupakan satu tindakan provokasi terhadap kerajaan yang memerintah.

“Dalam ceramah itu, ustaz tersebut telah membuat kenyataan provokasi lebih kepada politik yang menyatakan bahawa Pakatan Harapan adalah kerajaan komunis. Berulang kali dia sebut bahawa kerajaan PH adalah komunis.

“Cara beliau bercakap seolah-olah kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Perdana Menteri yang dilantik selepas PRU14, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya adalah ahli-ahli yang sah dan menubuhkan kerajaan yang sah,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Hadir sama adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Prihatin Kuala Lumpur, Datuk Mohd Noor Ali Akhbar yang turut membuat laporan sama.

Pengerusi Gerakan Martabat Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria bercakap kepada media selepas selesai membuat laporan polis terhadap Ustaz Sharkawi yang dakwa Malaysia kerajaan komunis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2019

Kedua-dua laporan itu dibuat ekoran kenyataan yang dibuat Ahmad Sharkawi dalam ceramah Muafakat Nasional di Kampung Kota, Permatang Pasir pada 20 Disember lalu berkata, Malaysia ditadbir komunis yang “hanya menjaga kaum mereka dan mahu memusnahkan Malaysia”.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Permatang Pauh, Mohd Farid Ismail bersama-sama dengan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Permatang Pauh, Fahmi Zainol turut membuat laporan sama pada Rabu lalu.

Ia bagi meminta pihak polis menyiasat kenyataan Ahmad Sharkawi itu. – MalaysiaGazette

+ posts

1 Komen

Comments are closed.