Home Utama Kit Siang desak polis bertindak terhadap pihak ugut cetus kekacauan

Kit Siang desak polis bertindak terhadap pihak ugut cetus kekacauan

Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengugut mahu mencetuskan kekacauan pada persidangan membantah tulisan Jawi yang sepatutnya berlangsung di Kolej New Era hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, persidangan tertutup anjuran Dong Jiao Zong itu tidak sepatutnya dibatalkan walaupun pihak polis berhadapan dengan tekanan serta ugutan yang tidak bertanggunjawab dari pelbagai pihak.

“Seperti yang saya sebut sebelum ini Wawasan 2020 yang akan bermula empat hari lagi  tidak akan dapat dicapai pada tahun depan, moga lebih ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan wilayah berusaha menjadi Bangsa Malaysia dan menyelesaikan krisis isu Jawi dengan kaedah yang aman dan sepakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas mengenai pembatalan persidangan membantah tulisan Jawi di sekolah vernakular berikutan perintah mahkamah yang diperoleh polis petang semalam.

Baca: Persidangan bantah Jawi batal, polis dapat perintah mahkamah

Semalam Dong Jiao Zong mengesahkan telah menerima perintah mahkamah dari pihak polis mengarahkan persidangan yang dijangka dihadiri lebih seribu peserta itu dibatalkan kerana dikhuatiri mengganggu ketenteraman awam.

Persidangan yang dirancang bagi membincangkan isu tulisan Jawi itu mendapat bantahan pelbagai pihak. – MalaysiaGazatte

2 Komen

  1. IKUT SUKA KAMI LA,INI NEGARA TANAH MELAYU,APESAL KAU GOYANG LAK ORG TUA?SIAL PUNYA MANUSIA PENDATANG..PENGGANAS KOMUNIS.

  2. Org siapa nk suruh pdrn ambil tindakan tu..menteri ke si tua baka..bodoh punya tua ni…klu lah dap yg tadbir 100 peratus ngra ni..aku tak blh nk byang kn ..hncur tanah mlyu ni…aku rasa si tua dapig plu ambil tindakn dulu..si tua ni lh byk bgi mslh kpd perpaduan mlysia ni..hncur dap laknatullah ni..

Comments are closed.