KAJANG – Himpunan anti Kongres Jawi yang dijadualkan diadakan di perkarangan Kolej New Era tidak berlangsung seperti dirancang apabila tiada mana-mana individu dibenarkan berada di kawasan itu hari ini.
Kira-kira pukul 10 pagi, perkarangan kolej itu masih tenang dengan kawalan ketat daripada pihak polis yang mula mengawal keadaan sejak jam 8 pagi.
Hanya pengamal media dan para wartawan yang ada sejak pukul 9 pagi tadi.
Sementara itu, keadaan lalu lintas di jalan di hadapan kolej juga lancar.
Bagaimanapun, jam 10.15 pagi tadi sekumpulan peserta seramai 10 orang mula menghampiri kolej berkenaan dan mereka bagaimanapun tidak dibenarkan berada di pekarangan dan diarahkan beredar.
Kumpulan itu beredar 10 minit kemudian.
Pintu masuk ke Kolej New Era juga dikawal rapi oleh pengawal keselamatan dan hanya pelajar dan kakitangan sahaja yang dibenarkan masuk.
Semalam, Dong Zong diarahkan tidak menganjurkan persidangan membantah tulisan Jawi yang dijadual pukul 1 petang esok atas alasan menganggu kententeraman.
Ia berikutan polis yang mendapat perintah mahkamah bagi menghalang kongres berkenaan.
Dong Zong dan Jiao Zong dalam kenyataannya memberitahu, pihaknya telah menerima perintah mahkamah itu daripada polis pad pukul 5.10 petang semalam. -MalaysiaGazette
Alasan takut jadi Muslim, di USA, di Eropah ramai orang kulit putih jadi muslim kerana tulisan Arab ke? Rugilah orang bukan Muslim di Malaysia, kunci syurga Allah dah terhidang tinggal nak masuk sahaja dengan hanya mengaku Tuhan itu Satu dan Nabi Muhammad pembawa Islam adalah persuruh Allah.
Itu mnusia bodoh me berfikiran mcn tu..org di mesir 50.50 islam n kristian, apa dia guna bahasa n tulisan..arab kan..bodoh mnusia berfikiran seperti org tak skolh..org mcn ni perlu blik ngra asal mereka ,klu tak nk jadi muslim patut lh di china skrg org islam hamcur..