Home Nasional Polis buru suspek kes samun bersenjata di Kaki Bukit

Polis buru suspek kes samun bersenjata di Kaki Bukit

a434554896c67005d769a7a7d6d240465e06d3877da0f-1-640x404

KANGAR – Polis sedang memburu seorang suspek warga tempatan berusia 40-an yang terlibat dalam rompakan bersenjata di Kaki Bukit pada Selasa lepas.

Ketua Polis Padang Besar Supt Muhamad Halim Yatim menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan mengambil langkah keselamatan berikutan lelaki itu berupaya bertindak ganas kerana disyaki di bawah pengaruh dadah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera menghubungi mana-mana balai polis, katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts