Home Dunia 78 terbunuh dalam serangan bom di Mogadishu

78 terbunuh dalam serangan bom di Mogadishu

Anggota keselamatan melalui kawasan yang terlibat dalam serangan bom di Mogadishu

MOGADISHU – Sekurang-kurangnya 78 terbunuh dan lebih 100 cedera dalam serangan bom kereta yang dilancarkan di sini, semalam, kata pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Ambulance Aamin, Abdukadir Haji Abdirahman, jumlah kematian semakin meningkat akibat dari serangan berkenaan.

“Jumlah yang terbunuh dalam letupan masih meningkat, kami kini mempunyai 78 orang mayat dan 125 yang tercedera,” katanya lapor AFP.

Sementara itu, pegawai polis, Mohamed Hussein berkata, letupan yang berlaku pada waktu pagi itu menyasarkan pusat kutipan cukai.

“Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak dan beberapa orang pelajar universiti yang sedang menaiki bas,” ujarnya. – MalaysiaGazette