Home Utama Tun M, Hadi Awang perlu cermin diri sebelum masuk campur urusan negara...

Tun M, Hadi Awang perlu cermin diri sebelum masuk campur urusan negara lain – MIC

Vikneswaran
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vikneswaran bercakap kepada media selepas melawat anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kritikal terlibat insiden di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Subang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta supaya melihat cermin ajaib dan tanya negara mana di dunia yang berlaku paling adil kepada rakyat dalam semua aspek.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, walaupun rakyat hidup di negara yang mengamalkan antara dasar terbaik dunia namun masih terdapat keraguan sejauh mana negara ini adil terhadap rakyatnya sendiri.

Katanya, Dr. Mahathir dan Abdul Hadi selaku pemimpin Melayu Islam perlu mencerminkan diri bagi mengenalpasti kelemahan dan memperbetulkannya sebelum mencampuri urusan negara lain.

Menurutnya, kritikan Dr. Mahathir terhadap Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) baharu India tidak sejajar dengan amalan diplomatik sedia ada.

“Ia jelas bertentangan dengan prinsip dan tujuan yang digariskan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara asing dan jika Malaysia mula mencampuri undang-undang dalaman negara lain, maka ia akan membuka ruang kepada intepritasi mengenai dasar tidak campur tangan antara negara-negara.

“Contohnya mungkin segelintir pihak berpandangan bahawa demokrasi di Malaysia sangat terhad dalam makna sebenar berbanding amalan kebebasan demokrasi di India, maka apakah ia bermakna India atau Singapura mempunyai hak untuk mencampuri urusan dan hal ehwal Malaysia?

“Dalam konteks berkenaan saya rasa Perdana Menteri Narendra Modi akan lebih cenderung dan berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal Malaysia menggunakan hujah yang sama yang digunakan dan dipertahankan pemimpin negara kita ke atas India.

“Tak perlu pergi jauh, bukankah Malaysia memberitahu Modi supaya tutup mulut apabila India meminta mengenai Zakir Naik seorang pelarian India yang diberikan Pemastautin Tetap di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menjelaskan, kewarganegaraan di Malaysia dibahagikan antara Bumiputra dan bukan Bumiputera.

Oleh itu, dakwanya, hak istimewa yang diperuntukkan untuk Bumiputera walaupun telah diterima dan dipersetujui bukan Bumiputera, ia kekal menjadi double standard dalam konteks kesamarataan seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, berlandaskan perkara ini semua pihak harus mengelak diri daripada mengkritik negara lain yang sebenarnya membawa kritikan pada diri kita sendiri.

Dalam soal pelaksanaan tulisan Jawi, katanya,kaum India tidak pernah meminta pemeblajaran bahasa Sanskrit dilaksanakan.

Berikutan itu, Vikneswaran mempersoalkan kewajaran memperkenalkan Jawi di sekolah-skeolah vernakular.

Katanya, setiap warga negara dibenarkan untuk mengetengahkan pandangan mereka terhadap dasar kerajaan dan terpulang kepada kerajaan untuk menentukan sama ada pandangan itu dipertimbangkan. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Modi tak betul … tak fair. Tapi malaysia very fair . Tan Sri S.A Vikneswaran u yg patut cermin muka bila mau komen .

    • Klu kau sayang sangat kat india tu pegi lah duk kat sana dan mintak jadi warganegara india…klu komen negara lain dri india diam pulak kau…apa bingai sangat kau ni.

  2. Ko tak pyh nk myalak lah..patut lh kaum ko sendiri tolak ko..contoh letua parti yg tak blh pakai..ko siapa nk nasihat org..ko cermin dri ko tu hitam tak..bodoh punya mnusia…klu tak nak ambil peduli ngra org lain lbh baik duk dlm hutan dn tak pyh adakn hubungan dplomatik dgn ngara lain..ko faham tak apa itu hubungan diplomatik..tolak parti perkauman mcn mic ni ..

  3. apa kena mengena nya dengan sekolah vanecilar. sepatutnya ia memang tiada didalam negara ini. ko TSV bukannya anak asal pribumi disini. ko adalah pendatang yang dibawa oleh Britis menjadi KOLI disini. sepatutnya kolah yang cermin diri ko dulu bodoh

    • Tutup sahaja sekolah vernakuler ni . Dlm dunia hanya malaysia shj yg ada sekolah ni . Bagi kuasa kpd menteri pelajaran .balik. semoga anak anak pelbagai kaum dpt bersatu padu ..

  4. negara berbeza tapi ugama serupa. tapi kling mana nampak hal ini. kalau nampak tak kan lah lembu pun buat tuhan

  5. Komen seorang kaduk dah naik junjung…ckp seorang yg
    x sedar diri dan diuntung…diri sendiri dulu yg sepatutnya dicermin….duduk diam2 lah kalau x nak balik negeri india lebih baik lah…

  6. Ko tu patuk cermin dri dlu sblm suruh org cermin.
    Kalau ikut ko tk layan bercakap pun.ko siapa.?
    Sedar la skit ko tu pendatang india tau tk..!!!

  7. yg mana sayang india silatinggalkan malaysia…mungkin kat sana ada mp yg lebih bagus…pergi la kalau boleh dapat

Comments are closed.