BERLIN – Borussia Dortmund berjaya mendapatkan khidmat rasmi bintang sensasi muda, Erling Braut Haaland semalam.
Penyerang berbakat dari Red Bull Salzburg itu menyertai kelab Bundesliga Jerman dengan klausa perpindahan berjumlah 17.1 juta pound.
Pemain Norway berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 2024 bersama Dortmund.
Bintang kelahiran Leeds yang merupakan anak bekas pemain Leeds dan Manchester City, Alf-Inge Haaland yang berhijrah dari kelab Norway Molde pada Januari 2019 lalu.
Dia juga dikaitkan dengan penghijrahan ke Manchester United.
Pada musim iniini, Haaland menjaringkan 16 gol dalam 14 penampilan dalam Liga Austria dan lapan gol pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.
Salzburg menamatkan kempen Juara Juara Eropah di tempat ketiga kumpulan E yang dimenangi Liverpool.
“Sejak awal lagi saya sudah ada perasaan unik untuk berhijrah ke Dortmund dengan persekitaran luar biasa pasti akan membantu saya melangkah jauh lagi selepas ini,” katanya.
Ketua Eksekutif Dortmund, Hans Joachim Watzke berkata, walaupun terlalu banyak tawaran diterima dari kelab elit Eropah termasuk Manchester United, Haaland memilih Dortmund disebabkan perspektif yang kami tunjukkan kepadanya. -MalaysiaGazette