Home Seni Hidup Joe Flizzow selamat bertunang

Joe Flizzow selamat bertunang

Foto Instagram Didi Ramlan.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Joe Flizzow selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada malam kelmarin.

Berita gembira itu dikongsi oleh adik kepada Marini iaitu Didi Ramlan menerusi laman Instagram miliknya.

“Malam tadi kakak saya memberikan kami ahli keluarga baru. Tahniah atas pertunangan secara rasmi ini. Selamat datang Joe Flizzow,” tulisnya semalam.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram Marini, dia turut memuat naik beberapa rakaman video ketika majlis pertunangan itu yang berlangsung di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.

Salah satu video yang dikongsi di ruangan Instastory memperlihatkan ibu kepada Joe iaitu Aishah Ali menyarungkan cincin di jari manis Marini.

Sementara itu, Aishah menerusi laporan sebuah portal berita memaklumkan majlis pernikahan Joe bakal berlangsung pada April tahun depan.

“Mengikut perancangan, mereka akan disatukan pada April depan. Doakan semoga segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

“Dia sudah berjaya meraih pencapaian membanggakan termasuklah kejayaan dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara baru-baru ini.

“Dia mahu kejar cita-citanya dahulu dan merealisasikan impiannya sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga,” katanya.

Marini merupakan seorang usahawan dan pelukis profesional. – MalaysiaGazette