Home Nasional MIC kecewa UniMAP keluar soalan peperiksaan tidak hormat sensitiviti kaum

MIC kecewa UniMAP keluar soalan peperiksaan tidak hormat sensitiviti kaum

Sivarrajh
Naib Presiden MIC Datuk Sivarraajh Chandran

KUALA LUMPUR – Mengejutkan apabila sesebuah institusi berprestij seperti universiti yang sepatutnya bukan sahaja melahirkan graduan cemerlang dan mengajar tentang erti sebenar perpaduan.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah di luar dugaan malah mengecewakan apabila ada institusi pengajian tinggi mengundang rasa tidak senang masyarakat.

Itu luahan Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran kepada berhubung beberapa soalan Peperiksaan Kursus Hubungan Etnik (UUW 235) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

“Sememangnya saya terkejut. Sepatutnya ini tidak berlaku. Jika benarlah soalan-soalan itu yang keluar dalam peperiksaan di UniMAP, hakikatnya ini sangat mengecewakan lagi-lagi itu adalah instutusi pendidikan bukan medan berpolitik.

“Hakikatnya, saya kurang faham kenapa soalan-soalan yang langsung tidak mencerminkan perpaduan mahupun menghormati sensitiviti agama serta kaum di negara ini malah ianya dikeluarkan sebagai kertas peperiksaan.

“Peliknya apabila soalan-soalan peperiksaan itu pula untuk subjek yang sepatutnya bantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pelbagai kaum atau agama berbeza.

“Soalan saya, apakah motif soalan seperti ini dikeluarkan? Adakah punya agenda tertentu? Tidak cukupkah ketika itu sudah wujud ketegangan antara kaum untuk pelbagai perkara? Mengapa di tambah-tambah lagi-lagi di resapkan dalam kalangan pelajar pula?

“Apa Kementerian Pendidikan sedang buat untuk pantau semua ini? Janganlah ‘cuci tangan’ dengan katakan ini bukan apa-apa.

“Adakah dengan adanya soalan-soalan seperti yang dilaporkan dalam peperiksaan Hubungan Etnik (UUW 235) di UniMAP, hubungan diantara rakyat pelbagai kaum dapat dipertingkatkan? Saya sendiri boleh jawab untuk soalan ini, jawapannya ‘Tidak’,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam, gambar-gambar kertas peperiksaan subjek UUW 235 Hubungan Etnik di UniMAP tulaaar di laman media sosial yang mengaitkannya dengan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik serta pengenalan tulisan khat di sekolah.

Pengamatan MalaysiaGazette mendapati soalan peperiksaan yang dimaksudkan Sivarrajh ialah; Zakir Naik merupakan salah satu ikon dalam dunia Islam, beliau banyak berjasa dalam menyebarkan Islam yang sebenar dan mengikuti al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Beliau mampu berhujah dan manjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan baik.

Namun begitu di Malaysia, beliau tidak lagi dibenarkan untuk menyampaikan dakwah. Pada pendapat anda sebagai rakyat Malaysia, mengapakah hal ini boleh berlaku?,” soal soalan itu.

Ada empat pilihan jawapan yang disediakan iaitu:

1)Rakyat Malaysia yang malas mengambil tahu,

2)Rakyat Malaysia yang mudah terancam tanpa usul periksa

3)Rakyat yang bersifat menuruti sahaja tanpa usul periksa

4)Rakyat Malaysia yang bodoh tentang agama masing-masing

Kata Sivarrajh, beliau berharap UniMAP akan tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

“Subjek Hubungan Etnik patut menjadi platform untuk kita mengajar para pelajar saling hormat serta kenal dan memahami antara satu sama lain. Janganlah campur aduk semua ini. Jangan kelirukan pelajar seperti ini.

“Tolong jangan tuduh saya melatah, seharusnya kita harus bijak dalam menggunakan platform tertentu untuk meluahkan perasaan atau rasa tidak puas hati. Janganlah mangsakan para pelajar kita pula,” tegasnya. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hi bodoh. Aku amati soalan ini tak ada apa yg pelik lh..mmg bodoh lah ko..patutlh kalah dlm pru lapas..sbb pemikiran ko cetak…itu soalan umur, apa yg tak btul nya.mmg klu pemikiran di campur dgn politik kotor ini lh jadi nya…pihak unimap tak plu nk lyng sgt pencacar mic ni…ingat mic,mca, ko jgn sesekali persoalkn hak2 kaum utama ngra ini..ko tu siapa..klu pdatang buat lh cara pdatang ya..rasa bsyukur sikit dpt hdp selesa di mlysia..aku rasa klu ko duk di ngra asal ko, ko tak dpt seperti apa yg ko dpt hr ini ya..harap buka mata , buka otak tu..fikir dalam2…islam tak akn menindas kaum bkn islam, islam ajar utk adil smua bangsa selagi ia tidak menentang kita yakni islam.

Comments are closed.