Home Utama Program Subsidi Petrol ditangguhkan

Program Subsidi Petrol ditangguhkan

Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Program Subsidi Petrol (PSP) yang dijadual dilaksanakan pada Januari ini ditangguhkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,  Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan menangguhkan program itu sehingga satu masa yang akan ditentukan kelak.

“Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 telah memutuskan bahawa pelaksanaan PSP yang dijadualkan bermula Januari 2020 tidak diteruskan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Tambah Saifuddin, keputusan saat akhir itu dicapai dalam kabinet demi memberi ruang untuk membolehkan penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima program PSP ini.

“Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

“Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada,” tambah beliau.

Pada 7 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PSP akan bermula Januari 2020, sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan.

Bagi tujuan itu, kerajaan telah memperuntukkan RM2.4 billion dalam Belanjawan 2020 bagi dimanfaatkan 8 juta orang daripada kelompok B40 dan M40.-MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Bila nak bagi subsidi semua tangguh, petrol, makanan untuk budak sekolah, tol semua tangguh, tetapi bila bab nak saman rakyat tidak pula hendak tangguh seperti saman hisap rokok di kedai makan, saman car seat, bayaran semua saman ini bukan murah-murah pula tu.

Comments are closed.