Home Ekonomi Totalife mahu kuasai Indonesia

Totalife mahu kuasai Indonesia

Pertandingan Langsing Totalife yang telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record sebagai pertandingan yang paling lama dianjurkan oleh sebuah syarikat.

KUALA LUMPUR – Totalife (M) Sdn. Bhd. (Totalife), pengeluar produk kesihatan berjenama Totalife merancang untuk menguasai pasaran Indonesia pada tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew berkata, penguasaan itu disasarkan kepada wilayah yang memiliki penduduk yang ramai seperti Surabaya dan Medan.

Ketika ini kata beliau, Totalife sudah bertapak di Jakarta sejak April lalu dengan jumlah ahli telah melebihi 1,600 orang.

“Kami akan terus mengukuhkan kedudukan di Indonesia dengan menyasarkan wilayah-wilayah yang memiliki penduduk yang padat.

“Selain Indonesia, negara Asia Tenggara lain seperti Thailand dan Filipina akan menjadi sasaran Totalife,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Totalife, Danny Chew

Totalife baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun syarikat ke-24 tahun di negara yang dihadiri 800 ahli termasuk 100 orang, masing-masing dari Indonesia, Taiwan dan Thailand.

Turut diadakan Pertandingan Langsing Totalife yang telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record sebagai pertandingan yang paling lama dianjurkan oleh sebuah syarikat.

Mengulas lanjut, Danny berkata, Totalife menyasarkan jumlah ahli seramai 60,000 pada tahun depan berbanding 47,000 orang ketika ini.

Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan konsep pelan baharu syarikat yang memberi pilihan kepada ahli memakai produk Totalife sebagai pengguna.

Katanya, konsep itu memboleh ahli tidak perlu menjual sebaliknya akan menyaksikan pertambahan ahli baharu tanpa disedari.

“Sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) sebenarnya adalah model yang bagus. Namun ia dirosakkan apabila ahli dipaksa membeli produk. Sepatutnya jual boleh dijanakan selepas ahli yang menjadi pengguna sendiri,” katanya.

Sementara itu, Danny memberitahu, Totalife optimis untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun 2020.

Beliau berkata, cadangan IPO itu yang bertujuan untuk mengumpul dana syarikat bagi mengembangkan operasi perniagaan di pasaran tempatan dengan membangunkan kilang dan juga pusat makmal sepatutnya dilaksankan pada Jun lalu.

Namun keadaa ekonomi negara yang tidak positif menyebabkan perancangan pelaksanaan itu ditangguhkan buat sementara waktu. – MalaysiaGazette

Produk langsing Totalife menyebabkan pengguna dapat mengurangkan berat badan sebanyak 8 kilogram dalam tempoh 10 minggu secara selamat.