Home Politik Harap 2020 beri lebih kebaikan kepada rakyat – Tok Mad

Harap 2020 beri lebih kebaikan kepada rakyat – Tok Mad

Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Harap tahun 2020 menjanjikan kehidupan lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Itu perutusan tahun baru Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Mari bersama sama kita berusaha dan berdoa, agar segala kesusahan dan kesulitan akan digantikan dengan kesenangan dan kemudahan, segala kesedihan dan kekecewaan akan digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan jua, insha Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ucapan tahun baru Mohamad paling ringkas berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- MalaysiaGazette