Home Politik Takkan 2020 pun nak salahkan Najib lagi?

Takkan 2020 pun nak salahkan Najib lagi?

Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap ahli pembangkang ‘melawan’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun depan.

Menurutnya, mereka perlu menentang kegagalan PH menerusi media sosial masing-masing ataupun hadir meramaikan aktiviti pihak pembangkang.

“Saya menyeru ahli-ahli parti pembangkang semua peringkat mari bersama-sama tunjuk dan menyakinkan rakyat yang kita berbeza dengan menjadi pembangkang berwibawa dan mampu beri penyelesaian lebih baik daripada PH,” katanya dalam rakaman video sempena tahun baru hari ini.

Menurut Najib, walaupun ada dalam kalangan ahli dan pimpinan pembangkang mengalami kesukaran kerana ditekan kerajaan PH namun mereka perlu komited dalam perjuangan.

“Ya, kita tidak ada apa-apa lagi, kita tinggal sehelai sepinggang tapi PH kena ingat, kita ada hati kekuatan oleh rakyat,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rakyat mahu pembangkang yang berkesan membawa suara mereka.

“Bayangkan setiap ahli (pembangkang) bersuara di media sosial setiap hari suara mereka akan kedengaran dan akan mengegarkan dan membuatkan tidak aman Putrajaya,” katanya.

Menurut Najib, sampai sekarang PH masih menyalahkannya atas apa yang berlaku di negara ini sedangkan sudah masuk 600 hari beliau bukan lagi perdana menteri.

“PH cuba tutup kelemahan dengan naratif semua salah Najib, putar semula semua isu adalah salah saya,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Semmg nya kesan dari kerajaan terdehulu bukan perkara senang utk di hapuskan hutang yg berlambak2 perlu di bayar dan pengurusan memerlukan bajet yg besar terutama dgn kondisi ekonomi dunia yg malap dan pelaburan yg mengecil sekarang.

  2. Memang salah kau..
    (Pencetus Kèbakaran)
    Tak usah tunjuk baik .. Sepandai mana menyorok bangkai.. busuknya kan terhidu juga.
    Ada fagam

  3. Begini lah UMNO yg masih membabitkan dgn pemimpin2 dan bekas2 pemimpin yg sedang menghadapi kes mahkamah. Seelok2nya mereka “direhatkan” sehingga kes mereka diadili agar parti terus mekar di hati rakyat.

    Sesekali mereka bersuara walaupun kepada perkara kebenaran, “jiwa” UMNO sudah hilang seri dan martabatnya.

  4. Rakyat sudah beri mandat dan kuasa melalui pru14, buat jer lah kerja, tak reti nk buat keja, asyik menyalahkan itu ini, mana semua formula yg dicanang sblm ini?

Comments are closed.