Home Sukan FAM jadikan tahun 2020 perbaiki pelan hala tuju F:30

FAM jadikan tahun 2020 perbaiki pelan hala tuju F:30

Hamidin Mohd Amin.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus menjadikan 2020 sebagai tahun untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi pelaksanaan pelan hala tuju F:30 yang dilancarkan Oktober 2018 agar bola sepak negara secara berterusan berupaya memberi saingan sengit di persada antarabangsa.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Harimau Malaya berjaya menutup tirai 2019 dengan baik selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 19 November lalu sekaligus menaikkan lagi semangat pemain serta penyokong untuk menyaksikan lebih banyak kejayaan secara konsisten.

Katanya, pelbagai agenda bola sepak yang sudah dilancarkan sejak tahun lalu akan dipergiat supaya bola sepak negara berterusan mampu memberi saingan sengit di persada antarabangsa.

Katanya, Harimau Malaya berjaya menutup tirai 2019 dengan baik selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 19 November lalu sekaligus menaikkan lagi semangat pemain serta penyokong untuk menyaksikan lebih banyak kejayaan secara konsisten.

Kemenangan itu membuka peluang buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk terus berada dalam persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya dan layak ke Piala Asia 2023, ujar.

“Sudah tentu usaha ini tidak terhenti setakat ini dan pasti akan diteruskan lagi kerja keras untuk sepanjang tahun akan datang.

“Agenda berterusan lain ialah memastikan projek naturalisasi yang menjadi antara usaha jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam melonjakkan standard skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program pembangunan yang sedia ada.

“Juga memperbaiki susun atur urus tadbir dan jalinan kerjasama dengan pemegang taruh lebih diperkukuhkan termasuk penambahbaikan untuk memudahkan penyokong menonton perlawanan dengan lebih selesa,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi FAM.

Sebagai rekod, beberapa agenda yang berjaya dicapai FAM bagi tahun 2019 adalah antaranya pelancaran Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Piagam Suparimau bagi pembangunan akar umbi selain pengenalan DNA Bolasepak Malaysia.

Selain itu, tahun 2019 turut menyaksikan skuad Harimau Malaya melonjak 13 anak tangga secara keseluruhan iaitu daripada tangga ke-167 pada kemaskini pertama 2019 kepada 154 pada kemaskini terakhir tahun ini.
– MalaysiaGazette