Home Utama Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan

Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan

Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam pengumumannya sebentar tadi, Maszlee mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memberinya peluang menerajui kementerian tersebut.

Beliau berjanji akan meneruskan khidmat kepada negara atas pelbagai kapasiti lain termasuk melalui PPBM.

“Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020,” katanya.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media khas yang turut dihadiri timbalannya Teo Nie Ching di lobi Kementerian Pendidikan. –

Berikut antara sedutan ucapan Maszlee.

Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan “kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama.

Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM. Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia.

Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ini baru menteri yg bertanggungjawab atas kerja nya..klu rasa tak blh jlnkn tugas ltak jwatan..jgn jadi mcn anjing2 dap yg gila kn kuasa , kerja mcn anjing, tapi nk kuasa..mmg sial laknatullah lh puak2 celaka dap ni..

  2. Mentali koling pengganas hindraf LTTE perusuh kuil tu bila nak letak jawatan? Berbulan2 makan gaji & elaun buta ajer, siap lantik suku sakat maruku dia kat kementerian yg tiada perpaduan itu, bila ah tok nak letak jawatan bubar Parliament?

Comments are closed.