KUALA LUMPUR – Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila diberi kesempatan bersanding di atas pelamin pada usia menghampiri 50 tahun .
Zamani bersanding bersama isterinya, Nur Juliana Abdul Rani di Mercure Selangor, Selayang semalam.
Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu terharu dan seperti tidak percaya majlis bersejarah dalam hidupnya itu benar-benar menjadi realiti.
“Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada perunding perkahwinan Wedding Studio yang menaja sepenuhnya majlis ini.
“Sewaktu berada di atas pelamin ketika bersanding, saya rasa seolah-olah seperti bermimpi.
“Perancangan ini dibuat sebelum saya menunaikan umrah pada hujung Oktober lalu. Tarikhnya memang dah ditetapkan dari awal iaitu 1 Januari 2020,” katanya seperti dilaporkan portal Harian Metro.
Zamani, 49, dan Nur Juliana diijabkabul pada 20 September lalu. – MalaysiaGazette