Home Politik Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri, Nik Nazmi baik diam –...

Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri, Nik Nazmi baik diam – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad disifatkan tidak ‘faham bahasa’ kerana terus mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menggelar Nik Nazmi sebagai dungu, calon PH yang tewas di Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, umum mengetahui Dr. Mahathir akan terus menyandang jawatan itu sehingga persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun ini.

Malah kata Khairuddin, ada kemungkinan Dr. Mahathir akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga tempoh tiga atau tiga tahun setengah.

“Nik Nazmi ini adalah seorang Ahli Parlimen dungu dan tidak faham bahasa. Mana yang tidak jelas kepada beliau ini?

“Bukankah perdana menteri dah membayangkan beliau akan berundur dari jawatan nombor satu negara selepas tempoh tiga sehingga tiga setengah tahun!! Apa yang nik nazmi tak faham lagi?! Takkan bahasa mudah ini pun beliau tak boleh faham.

“Malahan, baru-baru ini Perdana Menteri juga menyatakan beliau hanya akan berundur selepas persidangan APEC tidak sebelum itu!!

“Mana yang tidak faham ini,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin turut menuding jari kepada media, khasnya Malaysiakini, yang didakwa telah diperalatkan untuk memuatkan berita berkisarkan peralihan kuasa sejak kebelakangan ini.

“Tak tahulah samada saluran media ini diperalatkan serta diperkudakan oleh kalangan tertentu untuk mencapai cita-cita rakus politik mereka.

“Sesungguhnya, saya juga Penyelaras Parlimen Jasin dan setiap minggu saya balik kawasan, keseluruhan rakyat mohon Tun Dr Mahathir Mohamad terus memimpin negara sehingga akhir penggal.

“Warga Jasin turut nyatakan Anwar Ibrahim seorang yang retorikal saja tak boleh buat kerja pun. Kepandaian politik beliau hanyalah ‘baling batu sorok tangan’ serta ‘pecah dan perintah.  Kepakaran ini amat terserlah,” dakwanya.

Khairuddin turut mencabar Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa untuk membawa undi tidak percaya pada sesi Parlimen di Dewan Rakyat kelak.

“Dalam isu ini juga, saya ingin mencabar Nik Nazmi yang dungu agar senaraikan saja sokongan ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar, sekiranya cukup mohon persembahkan sahaja kepada Agung.

“Ataupun mereka boleh bawa usul undi tidak percaya pada tun dr mahathir mohamad di persidangan parlimen penggal pertama tahun 2020 pada bulan mac nanti. Itu jika Anwar ada sokongan atau saya saran diam sahaja,” katanya. –MalaysiaGazette

PH mesti tunai manifesto dan kekalkan peralihan PM Mei 2020 – Nik Nazmi

6 Komen

  1. Alaahai..yg dungu betul wartawan bernama Kesturi ni..tak pum editor MG yg bangang..bila masa lah plak Si Khairudin bahalol ni jd ahli parlimen Jasin??? bodoh punya wartawan

  2. Kenapa org komen desak agar ph tunaikn jnji manifestonya,desaklah PM Tun M,tu,sebb org lain tak da kuasa apa2 jgn jdi jakun bahalol sgt,tun kata;manifesto tu bukan kitab suci,x faham bhsa ko,bagang mlayu bodoh,,tpi berlainn kata dto’Sri Anuar ibrahim,katanya manifesto ph tu boleh di laksanakn tnpa memberi sebrang alasan,skrg wahai si pekak mlayu tolol,siapa yg lebih berkuasa dto’sri Anuar@Tun M?apa jwtan yg dto’sri Anuar pengang skrg?PM bodoh,@yb biasa?klu dah buto mta zahir maka butalah juga mata hati mlayu mudah lupa,tak ada kuasa boleh buat tak,boleh di laksanakn tak manifesto ph tu begong?…

  3. Guna akai bahalolla,klu nak buat dlm masa yg singkat boleh buat,yg si umno 61thn kenapa mlayu sengkek juga,mulut keno sumnat BRIM shj,tak kayaraya mana pun,tiba negara di thunami dgn lambakkn hutang2222,yg di tadbirnya?,skrg 5 thn tempoh yg di berikn kpd ph apo ko bendonya yg boleh di buat setara mana sgt pun,,mlayu teramat bergeliga kpala otak mereka memilih PM2M’sia yg handal2 belaka,bermula dri PM 1,PM 2,PM 3,PM 4,sehinggala kini,yg lagi hebat PM yg memimpin umno selama 22thn yg lalu,skrg muncul semula &memang kebnyakkn rkyat M’sia yg mengenal mhnikam shj yg pintar membaca percaturan mamak CARALLA tu..sampai dlm hati perutnya pun warga M’sia dpt baca,,..yg meghogon tua nak mampus tu memang gitu..asyik moghoyan shj…

  4. Sama sja tun M tu klu dio umno @apo2 parti pun,pembunuh MEMALI,sama mcm Najib juga ATANTUYA,,pengebas wang rkyat,bodoh memilih PM,&pemimpin2 sentai duit warga M’sia,sapa berkuasa sama saja,xx do bezo aiii,,Mlayu mudah lupa….

Comments are closed.