KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, beliau tidak risau langsung dengan ura-ura mungkin berlakunya rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
Malah, beliau mengulangi beberapa kali bahawa dirinya tidak risau atau terjejas ketika ditanya para wartawan seandainya nama beliau tersenarai dalam rombakan terbabit.
Menurut Mohamaddin Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dirinya sebagai Menteri Pelancongan pada tahun lalu sebenarnya juga hampir mendekati angka 100 peratus atau lebih 90 peratus.
Wartawan: Datuk, katanya ada rombakan Kabinet selepas peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Mohamaddin: Rombakan Kabinet? Kamu semua perlu tanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Wartawan: Adakah Datuk risau jika tersenarai dalam rombakan itu?
Mohamaddin: Risau? Mengapa pula saya perlu risau? Tidak saya tidak risau. Ada perlu tanya Tun Mahathir jika ada rombakan nanti.
Wartawan: Baru-baru ada survey yang mengatakan prestasi Datuk adalah antara yang tercorot, apa pandangan anda?
Mohamaddin: Tahun lepas, KPI saya hampir 100 peratus. Saya pun tidak tahu adakah itu baik atau sebaliknya kepada kamu semua.
Wartawan: Adakah Datuk risau tentang perkara ini?
Mohamaddin: Mengapa saya perlu risau? Tidak. Saya tidak risau.
Kamu semua perlu tahu, kalau kamu mahu saya bekerja, saya akan bekerja. Jika kamu tidak mahu saya bekerja, ‘anytime’ sahaja. Jadi mengapa pula saya perlu risau?
Ketika ditanya tentang kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kimanis, kata beliau dirinya yakin tentang kemenangan itu.
“Insya Allah, kita akan menang di Kimanis,” katanya ringkas selepas majlis MATTA VM2020 Stickers di Malaysia Tourism Centre (MATiC) di sini sebentar tadi.
Semalam, Maszlee mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat kuasa hari ini.
Maszlee berkata beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Tun Mahathir pada pertemuan semalam.
“Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat, dengan nasihat ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa pada 3 Januari 2020.
“Keputusan ini dibuat selepas saya dilihat bukan melalui pencapaian. Kementerian Pendidikan sering jadi perhatian terutama media bukannya melalui pencapaian kita, apa yang berlaku selama 20 bulan ini yang tidak dicapai pada tahun (kepemimpinan) sebelum ini,” katanya.
Peletakan jawatan itu sekaligus itu telah menyakinkan umum rombakan Kabinet akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dengan beberapa nama Menteri serta Timbalan sudah dikenalpasti tersenarai dalam rombakan itu–MalaysiaGazette
Menteri kewangan dan peguam negara pun perlu letak jawatan,byk isu salah guna kuasa dibuat.
Berlagaknye menteri ni… Menongkat langit ke???