WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menghantar kira-kira 3,000 askar ke Timur Tengah selepas beribu-ribu orang menyerbu kedutaannya di Baghdad.
Insiden itu berlaku beberapa jam selepas serangan udara AS yang membunuh Jeneral Qassem Soleimani, pegawai tertinggi tentera Iran, juga antara tokoh paling kuat di negara itu.
Pertambahan tentera itu dari briged Divisyen Udara ke-82, yang berpangkalan di Fort Bragg, North Carolina, datang selepas beribu-ribu orang, sebahagian besarnya daripada Kumpulan Kataeb Hezbolleh mengepung kompleks kedutaan itu.
Tentera yang dibawa masuk itu akan bergabung dengan kira-kira 650 orang askar yang sudah berada ke rantau ini dan tinggal di sana selama 60 hari, kata para pegawai.
Mereka akan ditempatkan di seluruh rantau – di Iraq dan Kuwait.
“Seperti yang diumumkan sebelum ini, pasukan Briged Pasukan Tindak balas Segera (IRF) Divisyen Penerbangan ke-82 telah dimaklumkan untuk bersiap siaga.
“Pasukan itu akan ditempat di Kuwait sebagai tindakan yang tepat dan berhati-hati dalam tindak balas terhadap peningkatan ancaman terhadap kakitangan dan kemudahan AS dan akan membantu dalam menyusun semula rizab itu, ” kata Pentagon dalam satu kenyataan.
Sumber AS dan Iraq mengatakan serangan ke atas kompleks kedutaan itu bermula semasa orang ramai berkumpul selepas pengebumian beberapa orang yang terbunuh dalam serangan udara pada Ahad lalu.
Para penunjuk perasaan berarak ke kompleks kedutaan dan cuba beberapa kali untuk melanggar keselamatan dan memasuki bangunan utama, menurut seorang pegawai AS.
Malah, bangunan itu didakwa dilempar dengan koktail Molotov pada dinding dan pintu masuk cuba dibakar.
Sekurang-kurangnya 25 maut dalam serangan udara Ahad di depot senjata di Iraq dan Syria yang didakwa AS dilakukan oleh Kataeb Hezbollah.
Sementara itu, pemimpin AS menyifatkan keputusan Presiden Donald Trump yang menyebabkan kematian Jeneral Qassem Soleimani sebagai tindakan melulu dan boleh mencetuskan peperangan di Timur Tengah.
Bekas Naib Presiden AS, Joe Biden mempersoalkan sama ada Trump sudah mempunyai cukup strategi untuk berdepan yang Iran.
“Presiden Trump hanya menyebabkan situasi lebih bahaya,” kata Biden dalam satu kenyataan.
Pada kempen di Dubuque, Iowa, beliau menambah tidak ada orang Amerika yang akan meratapi kematian Soleimani tetapi “prospek konflik AS dengan Iran lebih besar daripada yang pernah terjadi.”
Senator Liberal AS, Bernie Sanders, yang secara konsisten menentang campur tangan ketenteraan Washington di luar negeri.
Katanya, tindakan Trump itu akan membawa AS lebih dekat kepada perang lain yang buruk di Timur Tengah yang akan menelan belanja lebih besar.
Serangan semalam dilihat peningkatan dramatik permusuhan di Timur Tengah antara Iran dan AS dan sekutunya, terutamanya Israel dan Arab Saudi. – MalaysiaGazette