KUALA LUMPUR – Jika dua hari lepas, kecoh dengan peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kini heboh pula dengan spekulasi penggantinya.
Antara nama yang timbul termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Dikatakan Mukhriz akan menyertai barisan Kabnet kerajaan wujud sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang besar pada Pilihan RFaya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.
Namun kini ia sekali lagi menjadi topik perbualan pelbagai pihak, khasnya netizen yang menjangka Mukhriz akan menggantikan Maszlee dan tempat Mukhris di Kedah ditawarkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Azman Nasrudin.
Bagaimanapun Azman yang juga Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama bukannya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebaliknya dari PKR.
Sejauh mana andaian itu benar tidak dapat di pastikan selagi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sedang memangku jawatan itu membuat keputusan.
Selain daripada nama Mukhriz, bekas menteri UMNO yang kini menjadi ahli PPBM, Datuk Seri Mustapa Mohamed selain Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat perhatian untuk mengisi kekosongan itu.
Kedua-dua pemimpin itu calang-calang orang kerana pernah memegang portfolio Kementerian Pendidikan sebelum ini.
Nama seorang lagi calon yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini adalah Menteri Luar turut timbul.
Malah nama pakar ekonomi dan pendidikan, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram juga menjadi sebutan umum bagi menggantikan Maszlee.
Bagaimanapun, berkemungkinan besar jawatan ini akan diberikan kepada pimpinan PPBM memandangkan Maszlee daripada kuota parti itu.
Malah terdapat kemungkinan Dr. Mahathir akan memegang jawatan itu walaupun manifesto Pakatan Harapan (PH )tidak membenarkan seorang Perdana Menteri memegang lebih daripada satu jawatan.
Malah sebelum ini Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sekiranya prinsip PH itu diubah kemungkinan besar Dr. Mahathir adalah calon yang sesuai menggantikan tempat Maszlee.
“Saya beranggapan Dr Mahathir calon sesuai, tetapi perlu dilihat adakah mereka masih memegang prinsip PH yang perdana menteri tidak boleh memegang jawatan lain,”-katanya.
Walauapapun ia hanya ramalan, jawatan Menteri Pendidikan dilihat sebagai salah satu potfolio yang berpengaruh memandangkan jawatan tersebut mneyaksikan beberapa Perdana Menteri pernah memegang portfolio itu. – MalaysiaGazette