Home Foto Pilihan LENSA MG | Pencanting “Batik Conlay” Tinggal Nostalgia

LENSA MG | Pencanting “Batik Conlay” Tinggal Nostalgia

Sebahagian berus yang digunakan untuk mewarna batik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.

Kehalusan seni batik meliputi reka bentuk dan corak tekstil yang diasaskan daripada penggunaan lilin serta bahan pewarna dilukis secara bebas menggunakan pencanting, ternyata mempunyai tarikan tersendiri. Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman melukis batik sendiri, mereka boleh mendapatkan khidmat pengajar yang menyediakan ruang untuk mencanting dan mewarna batik, kanvas dan pelbagai pilihan pewarna yang digunakan untuk mencanting batik.

Menurut sekumpulan pencanting batik yang juga merupakan pemilik Bengkel Batik di Kompleks Kraf Jalan Conlay, mereka telah bertapak hampir 20 tahun di sini. Mereka terdiri daripada Kak Alang, Siwok Harun dan Lazim Ismail yang menyediakan khidmat mencanting dan mewarna batik dengan kadar harga yang berpatutan mengikut saiz dan material atas permintaan pelanggan.

Dibuka setiap hari, bermula 10 pagi sehingga 6 petang, mereka tidak jemu memberikan tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat terhadap seni canting ini. Pelbagai corak flora dan fauna serta figura yang diaplikasikan keatas pilihan material kanvas sutera. Menurut mereka, pelancong luar negara sangat kagum dan teruja ke atas hasil seni batik canting ini. Para ibu bapa yang ingin mengasah bakat seni anak mereka, bengkel batik ini merupakan satu platform yang menarik dan memupuk minat mereka menimba pengetahuan berkenaan warisan seni batik yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini.

Cantingan batik yang mempunyai identiti sendiri dan bersifat tradisional ini mampu menjana ekonomi negara di mata dunia. Menurut pencanting batik yang dikenali sebagai Kak Anjang, beliau dan rakan-rakan pencanting batik disini turut menyediakan khidmat demostrasi batik di sekolah, institusi pendidikan, syarikat-syarikat dan pelbagai majlis atas permintaan pelanggan.

Rasai pengalaman melukis batik yang unik dan berwarna-warni di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay yang terletak di Kuala Lumpur. Aktiviti yang sesuai untuk individu serta seisi keluarga bagi memenuhi masa lapang dan memberi pendedahkan kepada keunikan mencanting batik.

Logo Batik Conlay ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Sebahagian berus yang digunakan untuk mewarna batik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Lilin Batik merupakan bahan yang digunakan untuk menutup permukaan kain mengikut garis gambar motif batik, sehingga permukaan yang tertutup tersebut menolak atau resist terhadap warna yang diberikan pada kain ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Peralatan yang digunakan untuk mencanting batik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Antara pelbagai pewarna yang digunakan untuk mewarna batik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pewarna dicampur air untuk mengurangkan kepekatan warna ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Kak Anjang sedang mencanting batik ke atas kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Lazim Ismail sedang mencanting batik diatas permukaan kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Kak Anjang mencanting batik di ats kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Sebahagian kanvas sutera yang akan dibeli pelanggan pencanting batik, Kak Anjang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Kak Anjang dilihat menyediakan peralatan untuk mencanting batik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Sebahagian motif flora yang telah siap dicanting diletakan dalam bakul ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Kak Anjang dilihat mengeringkan batik yang telah dicanting menggunakan alat pengering ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Lazim Ismail sedang mencanting batik diatas permukaan kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Lazim Ismail sedang mencanting batik diatas permukaan kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Lazim Ismail sedang mencanting batik diatas permukaan kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Kak Anjang sedang mencanting batik di permukaan kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Pencanting batik, Kak Anjang menggunakan pelbagai warna menarik untuk mewarnakan kanvas sutera ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.
Sebahagian kanvas sutera yang dicanting oleh pencanting batik, Siwok Harun ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.

Kain rentang yang dicanting menggunakan pelbagai warna digantung pada bengkel batik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bengkel Batik, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JANUARI 2020.