KUALA LUMPUR – Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang digerakkan sejak April 2019 akan memuktamadkan sejumlah 200 peserta yang akan dilatih di luar negara.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, jumlah itu adalah daripada 15 kohort program MFLS peringkat Kedua pada tahun lepas.
Malah semua peserta program itu akan mengikuti kursus khas bermula 1 Februari depan.
Kesemua peserta akan menjalani kursus khas selama lapan minggu. “Kita sudah melatih 27,000 peserta dalam fasa kedua, fasa ketiga hanya 200 sahaja yang terpilih.