TERKINI : Hamid Bador Nasihat Pemimpin dan Ahli Politik “Guna Kebijaksanaan dan Kesabaran”

KUALA LUMPUR – Para pemimpin dan ahli politik diingatkan supaya tidak memainkan isu-isu perkauman atau keagamaan yang boleh menggugat perpaduan dan mengancam keselamatan negara.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindak tanduk mereka dalam memainkan isu-isu sensitif itu membebankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak akhir-akhir ini.

Katanya, sebagai pihak berkuasa menjamin keselamatan negara daripada ancaman keganasan, fitnah perkauman dan keagamaan pihaknya akan menangani perkara itu secara serius.