TERKINI : Teater Muzikal SPRM Didik Masyarakat “Banteras Rasuah”

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil inisitif menerusi pementasan teater muzikal untuk mendidik orang ramai termasuk penjawat awam mengenai kesalahan rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, teater “Semarak Pertiwiku” itu dipentaskan pertama kali di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di Kuching, Sarawak pada 12 hingga 14 Julai lalu .