Home MGNews TERKINI : Tidak Pulangkan Wang SRC International Kerana Siasatan Masih Berjalan –...

TERKINI : Tidak Pulangkan Wang SRC International Kerana Siasatan Masih Berjalan – Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata tindakannya tidak memulangkan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang masuk ke akaunnya adalah kerana siasatan berkenaannya sedang dijalankan.

Meskipun terkejut dengan kemasukan wang tersebut namun bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak boleh terus memulangkannya sebelum siasatan selesai pada waktu itu.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.