Home Nasional Latheefa Koya cuba aibkan Najib ke?

Latheefa Koya cuba aibkan Najib ke?

Latheefa Koya (tengah) bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki (kiri) dan Pengarah Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin (kanan) semasa memperdengarkan rakaman audio perbualan membabitkan Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khas Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Tindakan Latheefa Beebi Koya mendedahkan rakaman telefon antara Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada 27 Julai 2016 dalam satu sidang media khas pagi tadi dipersoalkan.

Persoalannya, adakah tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mengikut undang-undang memandangkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Kanun Prosedur Jenayah, SPRM perlu ada waran untuk tap (intip) perbualan telefon.

Malah, peruntukan waran ini pun tertakluk kepada kes-kes seperti keganasan atau terorisme, bukannya dalam siasatan kes jenayah kolar putih seperti 1MDB.

“Adakah mereka boleh “tap” perbualan telefon sesiapa sahaja yang mereka suka?

“Saya pasti SPRM tidak ada waran untuk tap perbualan telefon ini. Sebab itu baru tadi SPRM kata mereka dapat rakaman ini secara “anonymous” atau mereka tidak tahu siapa yang buat rakaman ini atau siapa yang serahkan kepada mereka,” kata Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Ismail.

Lantaran itu, beliau menggesa supaya pihak-pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi menyiasat siapa yang membuat dan menyerah rakaman ini kerana ini melibatkan pencabulan hak asasi rakyat untuk pelindungan privasi termasuk perbualan peribadi dalam telefon.

“Jika mereka boleh tap perbualan telefon Perdana Menteri dengan isterinya, adakah anda rasa perbualan telefon dan privasi rakyat biasa di Malaysia seperti anda selamat dari dicabul?,” soal Isham yang pernah menjadi Pegawai Khas Najib.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tujuan Latheefa menyebarkan rakaman perbualan telefon bekas Perdana Menteri itu dan isterinya pada masa ini kerana perbualan tersebut tidak ada satu pun elemen jenayah atau salah laku.

“Yang ada cuma kenyataan Najib bahawa beliau telah tandatangan surat pelantikan KP SPRM yang baru pada ketika itu iaitu Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Ini adalah fakta yang diketahui ramai, bukannya konspirasi rahsia.

“Adakah Latheefa Koya sengaja ingin cuba mengaibkan Najib dan Rosmah dengan nada perbincangan telefon mereka?,” soalnya kerana Latheefa dilihat tersenyum-senyum apabila rakaman tersebut mula dimainkan.

Isham juga bertanya mengapa baru hari ini rakaman-rakaman ini diserahkan dan didedahkan ketika perbicaraan kes 1MDB di mahkamah telah separuh jalan.

Berikutan itu, beliau tidak menolak pendedahan rakaman itu hanyalah satu lagi drama politik kerajaan untuk menutup kelemahan kes mereka terhadap Najib kerana rakaman audio tersebut bukanlah bukti-bukti baru yang boleh diterima di mahkamah.

Isham berkata, beliau yang mendengar rakaman tersebut dari awal sehingga akhir menyifatkan perbualan antara seorang suami dengan isterinya berkenaan masalah yang dihadapi mereka, seperti mana perbualan telefon ramai pasangan apabila menghadapi dugaan hidup dan cuba mencari penyelesaian.

“Saya pasti ramai pasangan suami isteri yang bertengkar jauh lebih teruk dari ini di kala diuji oleh Allah SWT.

“Perbualan Najib dengan Rosmah itu mungkin boleh dikata tiada apa jika dibanding dengan banyak perbualan pasangan-pasangan lain di Malaysia yang menghadapi cabaran.

“Selama saya mengenali Dato’ Seri Najib sehingga kini, dia adalah seorang yang amat tenang. Rosmah pula adalah seorang isteri yang ingin membantu suaminya menyelesaikan masalah, seperti ramai isteri-isteri dalam hampir semua keluarga di Malaysia.

“Apa salahnya beliau telefon suaminya untuk memberi input? Beliau hanya cuba mempertahankan suaminya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. sebab dah lama sangat banyak yang tak releven. berbagai cerita lah yan tidak sepatutnya dikeluarkan. LBK ni pon bukan manusia yang baik sangat. lantikan ketua SPRM dari orang Politik. biasa la. cari jalan bunoh politik orang lain. ALLAH bersama orang2 yang benar. InsaAllah kebenaran akan menjelma. kalau buka aib orang kelak aib dia akan terserlah. sabar saja. seperti atok dah nampak apa kerosakan yang dia sendiri buat. malangnya masih tak sedar sedar.

  2. Agak2 lh klu nk hncurkan kn hdp org..ko mmg jahat lh..hdp ko tak akn berkat lh klu ada sifat jahat n dengki nk hncurkn org lain…ko tuggu lh Allah ith stu..ko trima lh blsan org yg jahat mcn ko..ini lh klu org politik msuk cmpur dlm sprm…knpa lmtik manusia durjana mcn ni..

  3. Begitulah bila yg tiada kelayakan dan pengetahuan ditugaskan menjalankan tugas. Sudah2lah Lakoya Toya Loya… Itu hal rimahtangga orang… Kau dedahkan aib orang… Allah akan aibkan kau di sana nanti.

Comments are closed.