Home Utama Pendedahan 9 rakaman audio konspirasi demi kepentingan umum – Latheefa

Pendedahan 9 rakaman audio konspirasi demi kepentingan umum – Latheefa

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki (kiri) dan Pengarah Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin dalam sidang media khas pendedahan rakaman audio di Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 JANUARI 2020.

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, pendedahan sembilan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi melibatkan tujuh individu termasuk Datuk Seri Najib Razak dan isteri serta dua pemimpin daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah demi kepentingan umum.

Katanya, rakaman tersebut melibatkan perlakuan salah guna kuasa, pecah amanah, tindakan memalsukan dokumen, pendedahan maklumat sulit, ancaman keselamatan negara, konspirasi jenayah, justeru ia perlu didedahkan kepada media seterusnya rakyat tahu mengenainya.

“Kalau kita dengar,  ini adalah pelbagai tindakan jenayah yang serius termasuklah yang membabitkan penyalahgunaan kuasa.

“Ada elemen untuk cover up, ada juga elemen rasuah berlaku,” katanya dalam sidang media khas yang dihadiri puluhan wakil-wakil media tempatan dan antarabangsa di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini.

Kesemua sembilan rakaman audio itu diperdengarkan satu persatu kepada pihak media.

Menurut beliau, perbualan semua individu dalam rakaman suara itu dipercayai berlaku  antara 5 Januari hingga 29 Julai 2016  berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd diperoleh 

Antara nama individu lain yang terlibat dalam perbualan adalah Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Apandi Ali, Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, Datuk Suboh Md Yasin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Abdul Aziz Ismail, Tan Sri Shukri Abdull.

Turut dipercayai terlibat dalam rakaman audio itu Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Pengerusi International Petroleum Investment Co (IPIC) Sheikh Mansour  Zayed al Nahyan, Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC) Khaldoon Al-Mubarak, Presiden UAE Khalifa Zayed bin Sultan Al Nahyan,Riza Shahriz Abdul Aziz, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin dan turut disebut Senator Khairul Azwan Harun. – MalaysiagGazette

 

1 Komen

Comments are closed.