KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bukan untuk melobi jawatan.
Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, pertemuan tersebut berkisar kepada perbincangan dari hati ke hati dua orang.
“Diberikan sedikit sebanyak penjelasan, tapi saya tidak lobi,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama di nternational Unity In Diversity Conference 2020 di sini hari ini.
Semalam Anwar memuatnaik foto pertemuannya dengan Dr Mahathir di laman Facebook.
Perbincangan tersebut katanya, hal ehwal berkaitan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
Pertemuan itu juga menurut beliau berkisar isu-isu semasa di dalam dan luar negara.
“Selain itu kami berdua juga berkesempatan membincangkan tentang penganjuran KL Summit 2019 yang baharu berlangsung penghujung tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam Facebooknya hari ini.- MalaysiaGazette