Home Nasional Profesionalisme, wibawa dan integriti SPRM kini dipersoal – Mohamad Hasan

Profesionalisme, wibawa dan integriti SPRM kini dipersoal – Mohamad Hasan

Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembilan rakaman audio termasuk yang membabitkan perbualan Datuk Seri Najib Razak dengan seorang pemimpin Emeriah Arab Bersatu (UAE) pasti mengundang masalah dengan kerajaan negara itu.

“Perbualan ketua negara dengan sorang pemimpin negara asing adalah perkara kerahsiaan yang sangat penting.

“Ia tidak wajar didedahkan dengan sewenangnya tanpa melalui proses undang-undang. Pendedahan hari ini akan pasti mengundang masalah dengan Kerajaan UAE,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam hantaran terbaharu di laman Facebook.

Menurut Ahli Parlimen Rantau itu, SPRM sewajarnya bertindak dengan menyerahkan segala bukti baru berkaitan 1MDB kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, pendedahan apa jua bukti kepada umum seperti yang berlaku hari ni adalah ‘unprecedented’.

“SPRM mesti bertindak secara profesional dan apa yang dilakukan hari ini adalah tidak menepati standard profesionalisme yang dikehendaki,” katanya.

SPRM, menurut Mohamad, sewajarnya memahami kepentingan untuk Malaysia tidak berkonflik dengan mana-mana negara dalam usaha mencari kebenaran berkaitan skandal IMDB.

Mengulas lanjut, katanya, polis mesti melakukan siasatan terperinci tentang pendedahan bukti baru ini agar hak, kepentingan dan keadilan dapat dicapai.

“Pendedahan yang telah dilakukan hari ini telah seperti mensabitkan nama-nama mereka yang terlibat sebagai bersalah dan menimbulkan prejudis yang sangat mendalam terhadap mereka.

“SPRM adalah institusi awam yang mesti menjalankan tugasnya secara berpelembagaan dan penuh wibawa.

“Apa yang dilakukan hari ini telah menyebabkan profesionalisme, wibawa dan integriti SPRM dipersoalkan,” katanya.

Baca: TERKINI : Mengejutkan! SPRM Dedah Rakaman Perbualan Antara DS Najib dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya ketika mendedahkan laporan audio itu kepada media enggan menyebut sumber rakaman audio itu diperoleh.

Kesemua sembilan rakaman audio itu diperdengarkan kepada media termasuk satu daripadanya turut melibatkan perbualan antara Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kesemua perbualan itu berkaitan dengan 1MDB, SRC International dan juga anak tiri Najib, Riza Aziz. – MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Kami harap pm segera ambil tindakn pecat or buang ktua sprm yg tidak pandai buat kerja tu..tendang drpd sprm, spya sprm di selamatkan drpd mnusia bodoh mcn tu…klu bodoh tak pyh jadi pgarah sprm..mmg bodoh bunyi belajar undang2 tapi bodoh bab undang2…satu dunia gelak pd pgarah bodoh tu…

  2. Sekelip mata sahaja satu dunia sudah didedahkan perbualan antara Najib dan Raja Arab tersebut. Ianya mengundang pelbagai spekulasi seolah2 menunjukkan raja Arab tersebut sudah pun terpalit dengan kesalahan dan sangat menjejaskan reputasi beliau dimata dunia.

    Ianya tidak baik dalam amalan diplomasi negara!

    Ini betul2 SUDAH KOYAK!

  3. Kita tak tahu mainan politik latifah koyak .. klu rasa nak betpolitik LETAK JAWATAN masuk politik , ini lah silap nya atok mahathir lantik org politik jadi ketua sprm .. ialah utk kepentingan atok juga .. mcm tak tahu pulsk yaa .

Comments are closed.