Home Utama Rakaman audio disahkan tulen, PM tidak tahu mengenai pendedahan, kata Latheefa

Rakaman audio disahkan tulen, PM tidak tahu mengenai pendedahan, kata Latheefa

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengesahkan kesemua sembilan rakaman audio yang disifatkan sebagai mengejutkan itu adalah tulen.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di sini, beliau berkata, dapatan itu berdasarkan siasatan mengenai ketulenan rakaman audio yang telah dijalankan oleh unit forensik SPRM.

Ditanya mengapa pendedahan itu dibuat sekarang meskipun membabitkan perbualan telefon empat tahun lalu, Latheefa berkata, ia adalah kerana mereka baharu sahaja menerimanya pada awal bulan ini.

Antara yang didedahkan adalah perbualan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.

Begitu juga satu rakaman audio antara Najib dengan seorang individu dipercayai dari luar negara berhubung pemintaan supaya diadakan satu perjanjian untuk anak tirinya Riza Aziz bagi menutup sumber dana yang diperoleh bagi penerbitan filem yang dikaitkan dengan 1MDB.

Selain itu turut wujud perbualan Najib yang ingin mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi.

Latheefa berkata kesemua rakaman tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.

“Perkara ini kita lihat sangat serius dan perlu disiasat, jadi saya sudah mengarahkan pegawai (SPRM) untuk menyerahkan semua rakaman suara kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” tambahnya.

Beliau yakin pendedahan ini tidak subjudis  meskipun perbicaraan kes SRC dan 1MDB sedang berlangsung, kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Terdahulu ujarnya, antara kesalahan yang dikesan adalah melibatkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, cubaan memalsukan bukti dan mendedahkan dokumen rasmi.

Latheefa dalam pada itu  memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum dimaklumkan tentang pendedahan SPRM hari ini.-MalaysiaGazette

 

6 Komen

    • dia bukak pekong orang pasti ALLAH akan membalasnya seperti atok. dengan berkat doa fadil noor dan nik aziz. atok dipanjangkan umor supaya dapat lihat kerosakan yan dia lakukan. sepatutnya dalam usia bagini bertaubat saja lah. nak apa lagi
      .

    • pasti Allah akan membalasnya. berdoa saja mintak kebenaran. nak lawan tak ada kuasa. hanya pada Allah berserah pasti sampai balasannya. insaAllah

  1. Malaysia dah terselemat untuk rakyat, perbualan PM pun boleh kena intip, ini kan pula rakyat jelata.

Comments are closed.