Home Utama SPRM dedah siri rakaman perbualan Najib dan beberapa individu termasuk dari UAE

SPRM dedah siri rakaman perbualan Najib dan beberapa individu termasuk dari UAE

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan rakaman audio dipercayai perbualan antara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa individu termasuk pemimpin dari Arab Saudi.

Pendedahan rakaman berdurasi keseluruhan 45 minit itu dibuat dalam sidang media khas yang dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya di sini.

Turut diperdengarkan kepada puluhan wakil media adalah perbualan antara Datin Seri Rosmah dan Najib.

Latheefa memberitahu, rakaman audio itu baru diterima selepas tahun baharu 2020 dan pihaknya yakin akan ketulenan suara-suara dalam audio tersebut. – MalaysiaGazette

Sidang media khas berhubung pembocoran rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah di peringkat tertinggi

Posted by Malaysia Gazette on Selasa, 7 Januari 2020

1 Komen

  1. Video nampak wajah pun tk boleh nk setel tulin or not. Ni kan pulak audio . Semburit betul lah .

Comments are closed.